Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
AMK Sarawak  tetap setia bersama Pakatan Harapan

AMK Sarawak tetap setia bersama Pakatan Harapan

MAHDAR BUJANGMarch 3, 2020 9:11 am




Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (AMK)Sarawak akan tetap teguh setia bersama Pakatan Harapan (PH) serta sedaya upaya melunaskan amanah dan memperjuangkan nasib rakyat di negeri ini.

Naib Pengerusi IV Ketua AMK Sarawak, Saifunnizam Sam berkata, krisis politik negara yang berlaku kini tidak sesekali akan memadamkan kesetiaan kepada parti PKR dan Pakatan Harapan.

Justeru, beliau menegaskan AMK Sarawak mengecam tindakan pemimpin-pemimpin yang mengkhianati pilihan rakyat sekali gus sebagai pencabul demokrasi di negara ini.

” Walapun apa yang berlaku kini, ia tidak akan sesekali memadamkan semangat juang kami, malah akan teguh setia bersama Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Harapan untuk terus cuba sedaya upaya melunaskan amanah dan memperjuangkan nasib rakyat.

“Buat para pengkhianat rakyat, kami tidak akan sama sekali lupa peranan anda sebagai sebahagian daripada pencabul demokrasi Malaysia!,” tegasnya dalam satu kenyataan di Kuching hari ini.

Saifulnnizam turut memohon kepada para penyokong agar bertenang dan terus istiqamah bersama-sama dalam perjuangan.

Tambah beliau lagi, AMK Sarawak juga memohon agar pimpinan PH diberi ruang secukupnya bagi menghdapi situasi mencabar ini.

“Saya ambil maklum perkembangan terkini politik tanah air kita dan yakin ramai yang kecewa dan marah namun saya mohon agar semua bertenang dan terus istiqamah bersama perjuangan Pakatan Harapan.

“Malah, saya juga memohon agar pimpinan Pakatan Harapan diberi ruang secukupnya bagi menghadapi situasi mencabar ini.

“Meskipun agenda reformasi bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan apatah lagi diuji dengan pelbagai tekanan dan rintangan namun asas perjuangan sejak dua dekad ini akan diteruskan malah diperhebatkan,” ujarnya lagi.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Terkini

Agong dicadang arah Parlimen buat sidang khas lawan Covid-19

Ordinan Darurat 2021: OMG. Mengerikan!

Muhyiddin perlu guna dana awam ikut keutamaan

Rogol kanak-kanak dalam lokap: Audit segera CCTV balai polis

Baik buruk melengkung gred dalam peperiksaan

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production