Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
AMT Umno gesa Azmin ikut langkah Zahid umum tidak sertai kabinet PN

AMT Umno gesa Azmin ikut langkah Zahid umum tidak sertai kabinet PN

Oleh MALAYSIA DATELINEMarch 9, 2020 8:25 am




Ahli Majlis Tertinggi Umno menggesa Datuk Seri Azmin Ali mengikut jejak langkah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk tidak mahu menyertai Kabinet kerajaan Perikatan Nasional.

Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dalam hantaran di Facebooknya malam tadi mempersoalkan bilakah Azmin mahu membuat pengumuman untuk tidak sertai Kabinet.

“Datuk Zahid sudah buat pengumuman, dia tidak mahu dilantik dalam kabinet baru TS Muhyiddin. Walaupun prinsipnya, seseorang itu tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah oleh Mahkamah.

“Zahid tahu kes beliau akan dijadikan isu. Justeru, bila Azmin mahu buat pengumuman sama?” kata Puad.

Beliau yang merujuk bekas Timbalan Presiden PKR itu dengan kontroversi rakaman video intim yang pernah dikaitkan dengan Azmin sebelum ini.

Puad turut menasihatkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar meletakkan integriti di kedudukan teratas dalam memilih barisan jemaah menteri.

“Muhyiddin tidak boleh selektif dalam mempertahankan integriti. Mereka yang melompat parti juga tidak ada intergriti. Mereka tidak patut dilantik dalam Kabinet baru Muhyiddin,” kata beliau.

Puad turut menasihati Azmin,”Ok Azmin, jangan fikir lama lama. Umum sahaja yang kamu bersedia untuk tidak disenaraikan.”

Muhyiddin yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac lalu berikrar untuk melantik pemimpin berintegriti ke dalam Kabinetnya yang dijangka diumumkan pada Selasa ini.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid pula membuat kenyataan terbuka meminta Perdana Menteri tidak melantiknya menganggotai jemaah menteri.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor

COVID-19: Kes baharu terus melonjak terkini 4,008 kes

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Pengguna tak puas hati KPDNHEP cuba nafi harga minyak masak naik

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production