Balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Ali buat pertama kali memberi gambaran seolah sudah redha dan tidak mahu konflik antaranya dan Ali Puteh berterusan.
Nor Hidayah berkata, dia hanya mampu berdoa agar perniagaan bekas adik iparnya yang juga pelawak itu berjaya, supaya dapt melangsaikan hutang yang masih tertunggak sejak sekian lama.
Ketika ini juga dia hanya mahukan pihak Ali untuk selesaikan segera isu hutang serta mendapatkan semula hak anaknya, Syed Uthman Hamzah Syed Umar Mokhtar yang kini telah berusia empat tahun.
“Saya berharap dia lunaskan semua hutangnya dan selepas selesai kita akan buat haluan masing-masing sebab perkara ini sudah berlarutan dengan agak lama lagipun saya sendiri tidak mahu bermusuhan, dia pun bapa saudara kepada Hamzah.
“Saya tidak tamak, saya hanya mahukan hak yang sepatutnya sahaja. Saya bukan hendak harta sebab saya ada perniagaan sendiri, harta sendiri, saya harap dia selesai dengan cara baik,” jelasnya seperti dilapor Kosmo!.
Tambah Nor Hidayah, dia tiada niat untuk sesekali bermusuhan dengan bekas adik iparnya itu dan turut mendoakan perniagaan Ali Puteh untuk lebih maju bagi menyelesaikan kesemua hutang yang ada.
“Saya nak yang terbaik sahaja, jika arwah suami ada lagi mungkin dia akan kecewa sekiranya mengetahui hal seperti ini berlaku dan sedih kerana anak masih kecil lagi.
“Saya juga nakkan hubungan kami sekeluarga semua baik-baik sahaja. Harap perniagaannya berjaya untuk selesaikan hutang selama ini,” katanya.
Terdahulu, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas mengalami demam panas selama beberapa hari pada 10 Februari 2020.
Baca juga: Dijangka menikah 2 Disember ini, hati Bunga Citra Lestari ditawan duda anak 3
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio