Malaysia Dateline

Anak anjur Himpunan Wanita Generasi Felda Kebangsaan, 16 Disember

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dengan kerjasama Institut Wanita Berdaya Selangor(IWB) akan menganjurkan suatu Himpunan Wanita Generasi Felda Kebangsaan pada 16 Disember di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya, Selangor.

Menurut presiden persatuan itu Mazlan Aliman, himpunan ini akan membincangkan hala tuju wanita Felda. Di sebalik kemelut yang dihadapi Felda ketika ini, peranan wanita Felda mesti diperkasa dan diberi nafas baru.

“Mereka mesti berani dan lantang memperjuangkan hak peneroka, Generasi Baru Felda dan isu2 wanita demi kehidupan yang lebih baik.

“Himpunan ini adalah langkah awal kepada penubuhan sebuah Ngo, wadah baru bagi wanita Felda. Ia akan bekerjasama dengan Gerakan Persatuan Wanita(GPW) dan badan badan lain di Felda,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Kata beliau lagi, Anak menyeru wanita Felda sama ada penerokawati, anak, cucu atau menantu peneroka, menghadiri program berkenaan.