Tular sebelum ini mengenai anak bekas penyampai radio, Halim Othman yang tidak berbintikan namanya berikutan kahwin di Thailand.
Kini wanita tersebut, Myra Natasya tampil menjelaskan status diri sebenar dan mendakwa Halim tidak pernah mengahwini ibunya, Yusnita Omar.
Memetik mStar, Yusnita mengesahkan bahawa dia dan Halim tidak pernah berkahwin dan Myra adalah anak tidah sah taraf.
Malah Yusnita akui tidak marah dengan pendedahan Myra dan menganggap ia sebagai perkara yang sudah lama berlaku.
“Apa yang sudah berlaku biarlah berlalu. Allah sudah aturkan semuanya. Saya gembira dengan kehidupan saya sekarang,” katanya seperti dipetik mStar.
Pada masa sama, Myra turut memohon maaf kerana memuat naik kisah peribadi mereka kepada umum.
“Saya ada bertanya kepada ibu sama ada dia marah apabila saya mendedahkan semua ini kepada umum.
“Ibu berkata tidak mengapa, dia faham apa yang saya lalui selama ini,” ujarnya.
Tipu untuk jaga nama baik
Berkongsi lebih lanjut, Myra memaklumkan dia terpaksa menipu tentang cerita perkahwinan Halim dan ibunya kerana ingin menjaga nama baik personaliti berkenaan.
Myra berterus terang akan hal tersebut selepas Halim didakwa menukar status sijil kelahirannya dengan mengisi namanya pada bahagian maklumat bapa.
Dalam pada itu, Myra dikatakan terguris hati apabila nama bapa angkatnya iaitu Kenny Chan diletakkan di ruang pemberi maklumat.
Baca juga: Hutang cecah RM7 juta, Datuk Red tak memilih kerja, kekok uruskan diri sendiri lepas bercerai