Anak bulu-bulu: Kita mahu bikin macam komedi, kata Dr Streram

Anak bulu-bulu: Kita mahu bikin macam komedi, kata Dr Streram

Dr Streram Sinnasamy memberitahu video kempen yang menceritakan tentang anak perempuan dan kucing belaannya sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Rantau ini hanya satu bentuk pendekatan santai.

Menurut pakar bius berkenaan video berdurasi 1 minit 23 saat itu mahu membuktikan bahawa beliau bukanlah berperwatakan serius sepanjang masa.

“Orang kata saya serius. Jadi kita mahu bikin macam komedi.

“Jadi, kita mahu orang lain tahu kita pun boleh laugh (ketawa), smile (senyum). Itu saja,” katanya.

Video yang tular itu memaparkan Dr Streram merujuk dua kucing peliharaannya diberi nama Shanti dan Krishna sebagai “anak bulu-bulu”.

Lebih mencuit hati warga maya apabila pemimpin PKR itu memanggil dua anak perempuannya sebagai “anak manusia”.

“Dia juga tidak mendengar apa yang saya nak cakap,” katanya dipetik daripada video yang tular itu.