Malaysia Dateline

Anak daddy, ini bukan kes khabar angin, ini kes yang disiasat, didakwa dan diputuskan oleh 9 hakim

Kenyataan terkini anakanda kepada daddy Nooryana Najwa binti Najib bahawa bapanya dipenjara disebabkan “khabar angin” (hearsay) adalah satu kenyataan yang melampau dan sangat bertentangan dengan semangat perlembagaan dan ketinggian institusi kehakimanan.

Tun Raus Sharif dalam Simposium Parlimen Malaysia 2022 telah memberikan hujahan beliau bahawa sebelum sesiapa mengkritik sebarang penghakiman, maka si pengkritik hendaklah membaca dahulu alasan penghakiman dan analisis yang dibuat oleh Yang Amat Arif dan Yang Arif Hakim-hakim. Hakim bertindak berasaskan kepada keterangan saksi, dokumen yang dikemukakan, hujahan pendakwaan dan pembelaan. Sesungguh kelihatan Nooryana tidak menelusuri dan membaca hujahan bertulis penghakiman.

Terdapat sekurang-kurang dua dokumen awalan yang telah diterbitkan oleh The Legal Review : Judgement Express. Kertas yang pertama adalah PP v. Datuk Seri Najib Hj Abd Razak diterbitkan pada 18 September 2020 berasaskan keputusan Mahkamah Tinggi pada 20 Ogos 2020. Dokumen 29 mukasurat ini merupakan dokumen berprestij dan telah membuat rujukan sebanyak 23 perundangan (23 legislations) termasuk diantaranya Anti Corruption Act 1997, Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001, Evidence Act 1950 dan Retirement Fund Act 2007. Hakim telah turut merujuk kepada puluhan kes-kes pendahulu bagi memastikan suatu keputusan dibuat tepat dan tiada percanggahan dari aspek perundangan, perlembagaan dan keadilan.

Jika difahami penghakiman 29 mukasurat itu secara objektif dan berlapang-dada, ia bukan bertujuan mencari kesalahan daddy. Ia amat jelas dokumen JE 35/2020 tersebut dengan 58 paragraf, menganalisis segala sumber dan dapatan dalam mahkamah berasaskan siasatan yang amat rapi. Ia bukan untuk mencari kesalahan, tetapi untuk menemukan KEADILAN dan akhirnya keadilan telah ditemui dan rumusan keputusan perlu dibuat berasaskan kedulatan undang-undang. Inilah fungsi mahkamah dan keadilan. Ia bukan berasas khabar angin atau ‘hearsay’ yang tidak berpunca dan bersumber sepertimana yang dihebohkan oleh anakanda kepada daddy.

Tahun 2015 perlu diingat kembali, bagaimana Ketua Operasi SPRM yang amat berpengalaman dalam proses siasatan dan telah dilatih untuk melakukan operasi sissatan SPRM, iaitu Datuk Bahri Mohammad Zain. Beliau mengetuai satu pasukan menyiasat kes SRC International/1MDB. Pasukan beliau bukanlah pasukan menyiasat  khabar angin atau “hearsay team”. Tetapi adalah pasukan yang tidak punya apa-apa kepentingan peribadi, melainkan sebuah pasukan yang ditugas dan diamanahkan untuk menyiasat dan menjejaki wang yang mungkin pada ketika itu bergerak melalui salah-guna kuasa dan amalan rasuah. Namun semuanya tidak kesampaian. Pasukan beliau dibubar, beliau kemudian dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri. Pada 30 Disember 2016 Datuk Bahari telah memulakan persaraan awalnya walaupun masih boleh bertugas hingga ke akhir persaraan wajibnya dua tahun selepas itu.

Sinar Online ketika itu memetik kenyataan Datuk Bahri “Sepatunya saya bersara pada tahun 2018, ada dua tahun lagi tempoh perkhidmatan. Tindakan ini diambil kerana saya kecewa dan berdosa sangat kepada 30 juta rakyat Malaysia”. Beliau menyambung lagi, “Saya tidak mahu berbohong dengan diri sendiri, saya rasa amat berdosa kalau saya masih berkhidmat kerana agama kita secara jelas melarang untuk cenderung kepada kezaliman dan ketidakadilan…cenderung pun tak boleh, apatah lagi terus berkhidmat.”.

Itulah gambaran kekecewaan seorang pegawai yang dedikasi yang telah diamanahkan menjalankan siasatan SRC International. Ia bukan cerita khabar angin mahupun cerita palsu. Walaubagaimanapun, Datuk Bahri telah diambil semula bertugas menyertai SPRM sebaik sahaja Umno/BN kalah dalam PRU14 untuk membantu semula menyambung penyiasatan dan menyempurnakan kertas siasatan kes tersebut. Jadi, ia bukan khabar angin, bukan cerita dongeng dan bukan kisah seribu satu malam untuk menidurkan cucu-cucu daddy.

Dokumen kedua yang perlu dibaca adalah juga terbitan The Legal Review: Judgement Express JE51/2021. Dokumen setebal 170 mukasurat dengan 399 para termasuk rumusan penghakiman rayuan DSNR juga perlu dihadham sebelum menyatakan bahawa keputusan YA Hakim berasaskan satu rekayasa atau khabar angin. Kenyataan sebegini amat melampau.

Analisis dan hujah YAA Tiga orang hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri dari Hakim-Hakim Abdul Karim Abdul Jalil, Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera amat terperinci merungkai segala fakta, mengetengahkan ketelusan dan menelusuri semua hujah kedua-dua pihak dengan amat teliti sekali. Sebagai seorang ahli akademik, penulisan 399 para (dokumen sebanyak 170 mukasurat) dengan analisis yang terperinci bukan suatu yang mudah tambahan ia melibatkan masa hadapan seseorang. Namun jelas hakim lebih memilih kepada keadilan dan ketepatan dalam memberikan keputusan rayuan. Maka, ia bukan satu kisah dongeng atau ceritera berasaskan khabar angin!

Mengenai kemasukan wang yang dikatakan dari satu sumber iaitu dana dari kerabat Saudi; para 20 dalam bahagian “Dismissing the appellant’s appeal against both conviction and sentence on all charges”, telah antara lain merumuskan : “He was the sitting Prime Minister at the material time and he had every opportunity, including official government channels, to make enquiries and confirm if indeed the funds came from the Saudi monarch. Not a single step was taken by the appellant to ascertain or verify the truth of the source as intimated to him by Jho Low, allegedly. This was classic wilful blindness.

Pada para 16 bahagian yang sama; “Despite overwhelming evidence, the appellant denied knowledge of the movement of the SRC funds into his accounts. The appellant claimed that he had assumed that the funds that came into his accounts were donations from the Saudi Royal family. In support of this, reference was made to some Arab letters which were purportedly written by one Prince Saud Abdulaziz Al-Saud on behalf of the King of Saudi Arabia. However, neither the maker was called nor the authenticity of these letters established at trial. The contents of the letters were inadmissible hearsay. Daripada penghakiman bertulis sangat jelas siapakah sebenarnya yang mengetengahkan khabar angin atau hearsay!

Keputusan mahkamah rayuan, jika dibaca dengan teliti dan tenang adalah sangat terperinci dan mempunyai beberapa sub-tajuk bagi memudahkan kefahaman pembaca dan pengalisis undang-undang di kemudian hari. Ini termasuk sub-tajuk mengenai; Use Of SRC Funds By The Appellant (Judgement Express, ms 374), Short-Term Loan To SRC By The Government(Judgement Express, ms 374), The Nub Of The Charges (Judgment Express, ms 375), The Law On Prima Facie Finding At The Close Of Prosecution Case (Judgement Express, ms 383) dan seterusnya harus dibaca sampailah kepada Rumusan (Conclusion) (Judgement Express, ms 519). Mana mungkin dokumen setebal ini mengandungi khabar angin keseluruhan atau sebahagian daripadanya. Semua fakta, data, huraian permasaalahan, penemuan dan analisis kes dikemukakan secara terperinci. Walau apa pun ditaklimatkan kepada ahli-ahli Umno/BN atau orang ramai, dokumen mahkamah adalah dokumen paling sovereign, reliable dan credible, kerana ia terlaksana berasaskan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang (Asas Rukun Negara).

Penulis sangat tersentuh apabila YA Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan turut memetik pada para 397 (Judgement Express, ms 517). Iaini ketika DYMM AlAmarhum Sultan Azlan Shah (pada ketika itu Hakim Mahkamah Persekutuan) dalam penggulungan Kes Pendakwaraya v. Datuk Haji Harun bin Idris selepas memutuskan penghakiman pertuduhan rasuah keatasnya ; “It is painful for me to have to sentence a man I know. I wish it were the duty of some other judge to perform that task. I believe the very extensive coverage of this hearing in the press has permeated all levels of our society. To me this hearing seems to re-affirm the vitality of the rule of law. But to many of us, this hearing also suggests a frightening decay in the integrity of some of our leaders. It has given horrible illustrations of Lord Acton’s aphorism “power tends to corrupt, and absolute power corrupts absolutely”, and has focused concern on the need of some avowed limitations upon political authority.

DYMM Almarhum Sultan Azlan merumuskan lagi dengan ulasan penghakiman yang amat tegas : “I repeat what I had said before – the law is no respecter of persons. Nevertheless it will be impossible to ignore the fact that you are in a different category from any person that I have ever tried. It would be impossible to ignore the fact that, in the eyes of millions of our countrymen and women, you are a patriot and a leader. Even those who differ from you in politics look upon you as a man of high ideals. You had every chance to reach the greatest height of human achievement. But half-way along the road, you allowed avarice to corrupt you. It is incomprehensible how a man in your position could not in your own conscience, recognise corruption for what it is. In so doing, you have not only betrayed your party cause, for which you have spoken so eloquently, but also the oath of office which you have taken and subscribed before your Sovereign Ruler, and above all the law of which you are its servant.

Maka, penghakiman ini jelas membuktikan bahawa DSNR telah diberi peluang keadilan yang sangat luas, selaras dengan peruntukan undang-undang dan perlembagaan. Kertas penghakiman ini perlu dan boleh dibaca, difahami bait demi bait, petikan kes pendahulu yang dirujuk perlu diamati dengan rujukan segala undang-undang terkait dan akta yang telah diambil kira juga oleh YA Hakim-hakim Mahkamah Rayuan. Jangan semberono membuat ulasan atau taklimat bertaraf kedai kopi tetapi hayati dan fahami isi kandung penghakiman. Semuanya terbuka dan terdokumentasi untuk rujukan generasi masakini dan masahadapan. Sesungguhnya ia bukan keputusan berasaskan khabar angin atau “hearsay”.

Perlu diingat, semua dapatan dan rumusan penghakiman ini berasaskan siasatan pegawai SPRM yang sangat dedikasi, dibawa kepada pendakwaan dan seterusnya dibicarakan, dirumus dan diputuskan secara berperingkat-peringat: Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan akhirnya Mahkamah Persekutuan. Ia bukan “khabar angin” atau hikayat seribu satu malam.

(*) Penulis merupakan Felo Akademi Sains Islam Jordan. Walaubagaimanapun penulisan ini adalah merupakan pendapat penulis dan tiada kaitan dengan pendirian akademi.