Anak gesa SPRM buka semula kes rasuah Isa Samad

Anak gesa SPRM buka semula kes rasuah Isa Samad

Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan segera terhadap salah guna kuasa dan penyelewengan dalam pentadbiran Felda terutamanya di bawah teraju Tan Sri Isa Samad.

Timbalannya Nasaie Ismail kehadiran mereka ke SPRM sebagai manyahut cabaran Datuk Shukri Abdull yang berjanji akan membuka semula kes-kes lama yang pernah dilaporkan sebelum ini.

“Kita Serah 3 kes yang terdahulu yang kita pernah lapor pada SPRM berkaitan dengan salah laku yang berkait dengan Isa Samad,” katanya.

Antaranya, kata beliau membabitkan penjualan saham Koperasi Pemodalan Felda (KPF) di dalam Felda Holding kepada Felda Global Vanture (FGV) pada tahun 2013.

“Yang mana KPF memiliki 51 peratus saham di dalam Felda Holding dibayar terlalu rendah iaitu RM2.2 billion berbanding Felda Holding yang memegang saham sebanyak 49 peratus. KPF patut dibayar RM5.1 billion tetapi dibayar RM2.2 billion. Terlalu rendah,” katanya.

Tegas beliau jumlah bayaran kepada KPF terlalu rendah dan menimbulkan keraguan terhadap urus tadbir kerana Isa Samad juga sebagai pengerusi FGV dan KPF.

Anak turut mengemukakan laporan berhubung tiga pembelian hotel oleh Felda Invesment di London, Kuching Sarawak dan Kota Kinabalu yang mana pembelian itu melampaui harga pasaran.

Kes ini katanya telah dibuka oleh SPRM sebelum ini dan telah membuat siasatan terhadap Isa Samad tetapi sehingga hari ini tidak ada pendakwaan terhadap beliau.

Dan laporan ketiga, katanya berkaitan dengan pembelian ladang oleh Felda di Indonesia pada tahun 2017 yang juga dibeli dengan harga yang terlalu tinggi.

“Kenapa Felda membeli ladang ini dengan harga yang tinggi kerana banyak pihak termasuk Datuk Nazir Razak daripada CIMB sendiri mengakui kos yang dibayar Felda terlalu tinggi dalam keadaan kewangan Felda yang tidak kuat,” katanya.

Justeru katanya tiga laporan utama ini adalah sebahagiannya telah dilaporkan kepada SPR daripada berpuluh-puluh laporan yang tidak diambil tindakan.

Katanya, dalam usaha mereformasikan Felda adalah penting bagi pihak bertanggungjawab menyiasat penyelewengan yang dilakukan di dalam agensi itu.

“Kembalikan wang Felda yang hilang kepada peneroka untuk kita bina semula Felda,” katanya.

 

 

6.0
OVERALL SCORE
: 6.0
Have no any user vote