Anak Husam bebas dengan jaminan

Anak Husam bebas dengan jaminan

Anakanda Adun Salor, Datuk Husam Musa yang ditahan polis kerana didakwa memiliki dadah dibebaskan dengan jaminan.

“Ahmad Syafi Husam dibebaskan dengan jaminan selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini atas dakwaan memiliki 20 gram pil kuda,” lapor potral Malaysiakini.

Pendakwaan terhadap Ahmad Syafi, 29, dibuat di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.

Tertuduh didakwa memiliki 200 biji pil kuda ketika ditahan di tepi sebuah rumah di Kampung Jelutong, Jalan Pasir Mas-Salor, Kota Bharu, jam 3.30 petang, Sabtu lalu.

Pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya negeri, Muhamad Shahirun Azri Mohd Nordin mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman maksimum lima tahun penjara dan tiga hingga sembilan sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang diwakili lima peguam bela yang diketuai Firdaus Mohd Yusuf Yakob bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Kamarul Hasyime pada awalnya membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan keluarga dengan jumlah RM15,000.

Mohd Firdaus kemudiannya memohon jaminan dikurangan dengan alasan jumlah ini membebankan anak guamnya dan jumlah itu dikurangkan kepada RM10,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 14 Januari depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote
CATEGORIES