Anak Iban mati berjuang – Khas untuk Bill Kayong

Anak Iban mati berjuang – Khas untuk Bill Kayong

(Untuk Bill Anak Kayong @  Almarhum Mohd Hasbi)

 

Sebaik mendengar anak Iban itu mati dibunuh  

Hatiku jadi gemuruh  

Apakah undang-undang telah runtuh  

Urusan negara semakin keruh

 

Ribuan batu aku melangkah  

Membelah awan di bulan barakah  

Tertangguh sedikit urusan tilawah  

Demi untuk mengurus jenazah

 

Usah ditanya kenalkah aku padanya  

Pejuang yang menggadai nyawa dan usia  

Membantu urus hak manusia  

Satu amal mulia yang tidak sia-sia

 

Ukuran bukan pada agama  

Yang utama dia manusia berguna  

Terkejut aku muslim rupanya  

Semoga engkau di Taman Syurga

 

Semoga pembunuh terbuka rahsia  

Siapa dalang di sebalik rencana  

PDRM dan Peguam Negara  

Dapat urus dakwa dan bicara

 

Tapi tuan jangan lupa  

Pemergiannya menjadi baja  

Buat satu kebangkitan dunia  

Tanah adat dan Bumiputera 

 

(Penulis sempat bersama memandikan jenazah Allahyarham pada Jumaat 19 Ramadhan 1437H bersamaan 24 Jun 2016)

COMMENTS

Wordpress (0)