Malaysia Dateline

Anak muda diberi lebih ruang, wanita ke arah usahawan global

Perbahasan Armada Bersatu hari ini kebanyakannya menyentuh mengenai peluang anak muda dari pelbagai peringkat sehingga kepada kepimpinan negara.

Ketua Armada Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika mengulas mengenai perbahasan yang berlangsung secara tertutup pagi tadi, berkata, dengan peluang yang meluas diberikan kepada anak muda tidak mengira latarbelakang dan keupayaan perlu diberi ruang secukupnya.

“Pembahas membangkitkan isu yang konsisten untuk memastikan ada lebih banyak anak muda tidak kira latarbelakang, bangsa dan agama diberikan ruang secukupnya dalam pucuk kepimpinan negara dan juga diperingkat ketua kampuna kampung agar lebih banyak perwakilan anak muda agar mereka dapat merencanakan masa depan anak muda.

“Ada juga persefahaman konsensus Bersatu tidak boleh jadi Umno 2.0 dan perwakilan Armada bersetuju mengenainya, Perlu ada budaya sendiri tidak bertuhankan politik wang, masuk parti kerana mahu kontrak dan jawatan. Kita mahu politik nilai, beramanah dan integriti.

“Bila kita membicarakan tentang orang Melayu kita mahu lebih fokus kepada golongan B40.

“Ada juga yang mengulas tindakan dibuat oleh menteri luar bandar untuk memfokuskan smeula MRSM untuk membantu golongan B40.

“Ada juga nanyak perbincangan peluang pekerjaan yang akan diketengahkan. Dimana ada penekanan khusus dalam pembangunan ‘soft skill’ yaang mana diulas oleh Armada Kelantan.

“Sebab utama wujud pengangguran anak muda kerana ketiadaan ‘soft skill’ dan penguasaan bahasa Inggeris. Ini dilihat segelintir pihak akan mengurangkan kemelayuan seseorang adalah tidak benar,” ujarnya.

Perbahasan Armada dan Srikandi kali pertama dalam Perhimpunan Agung  Tahunan Bersatu ke-2 kali ini diadakan secara tertutup itu dihadiri 1600 perwakilan dua sayap itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa  (PICC) Putrajaya hari ini.

Menurut Ketua Srikandi Datuk Seri Rina Harun perwakilan banyak membahaskan isu pendidikan dan ekonomi yang mana mahukan golongan wanita muda terbabit secara langsung dalam pelbagai program.

Malah perwakilan menekankan perlunya golongan wanita bukan hanya menjadi surirumah semata-mata sebaliknya mampu menjana pendapatan sendiri.

” Mereka mahu golongan Wanita tidak lagi dikaitkan hanya sebagai usahawan kecil dan sederhana.

Rina yang juga Menteri Luar Bandar berkata, keahlian Srikandi 35 peratus daripada keseluruhan ahli Bersatu dengan kekerapan program penambahan keahlian.

“Program pendidikan dan keusahawan dan mendekatkan diri dengan masyarakat akan terus dipertingkatakan.

Katanya lagi, oleh kerana persidangan perwakilan Srikandi dan Armada kali pertama kebanyakan mereka yang bersidang tidak mempunyai pengalaman dalam politik sebelum ini tetapi beliau berpuashati dengan perbahasan yang berlansung.

Syed Saddiq turut menambah berkata, kebanyakan perwakilan membahaskan isu dalam persidangan  sangat baik.

“Seperti perwakilan Armada dari Kelantan yang bercakap soal keperluan artificial inteligence dalam sistem pendidikan dan mahu kembalikan semula PPSMI dengan kerjasama DBP.

“Mereka bercakap pasal Melayu, mereka sangat berfokus mereka bertanyakan apakah peradaban melayu di masa hadapan. Yang mana kita memerlukan kerja keras untuk memastikannya terlaksana dalam dasar kerajaan baharu,” ujarnya.