Malaysia Dateline

Anak muda perlu pahat sejarah perubahan 19 November

Sejarah mampu terpahat pada 19 November 2022b buat kali pertamanya apabila anak muda turun beramai-ramai membuat perubahan dengan menolak pemimpin yang rakus.

Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) negeri Kedah, Dr Taufeq Johari semasa majlis pengumuman calon PH negeri Kedah di Merbok malam tadi berkata perubahan kali ini mampu direalisasikan dengan kebangkitan semangat anak muda.

“Anak muda jangan sia-siakan peluang yang ada dan harus bangkit untuk membuat perubahan demi masa depan mereka serta generasi muda yang akan datang dengan memberi kemenangan kepada PH.

” 15 kerusi Parlimen di Kedah harus ditawan. Kemenangan ini amat berharga kerana sejarah telah membuktikan sejak 2018 sehinggalah kini telah tiga Perdana Menteri (PM) bersilih ganti dalam tempoh yang amat singkat dan amat menyulitkan kehidupan seluruh rakyat.

“Pimpinan terdahulu yang diterajui oleh Tun, Muhyiddin dan Ismail Sabri bersilih ganti. Pimpinan gagal tidak stabil sehinggakan rakyat derita, sengsara dan hidup dalam kesulitan yang tidak berkesudahan,” ujar beliau yang juga merupakan Ketua Angkatan Muda PKR negeri Kedah.

Sejajar dengan itu tambah beliau, hanya dengan perubahan yang dibuat pada 19 November nanti merupakan platform terbaik untuk membawa pembaharuan demi masa depan negara.