Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline

Anak muda sedang bereksperimen dengan nikmat kebebasan, kata Shazni Munir

ARIF ATANJune 23, 2019 7:03 pm




Pengarah Mobilisasi Pemuda Pakatan Harapan (PH), Shazni Munir Mohd Ithnin berpendapat kebebasan menjadi perkara yang paling besar dinikmati golongan muda pasca PRU-14.

Menurut Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional itu, seramai 7.04 juta pengundi muda secara keseluruhannya telah menjana kepada perubahan kerajaan.

“Anak muda sedang bereksperimen sama ada secara positif atau negatif. Kebebasan itu jadi satu elemen yang anak muda hari ini lihat di mana akan dihalakan.

“Walaupun anak muda sedang bereksperimen dengan kebebasan yang sedang dinikmati tetapi kita harus akui anak muda juga tidak kering daripada idea-idea yang kadang-kadang tidak terfikir sebelum ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam program Bicara Politikonomi bertajuk, “Belia dan Anak Muda” yang dihoskan Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar di TV1 baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Shazni berkata, hikmah yang dimiliki melalui pembacaan dan maklumat dari media sosial membantu anak muda yang sedang bereksperimen dengan kebebasan itu untuk membezakan fakta atau temberang.

Shazni Munir Mohd Ithnin

Menjawab tentang kemuruduman populariti PH dalam siri Pilihan Raya Kecil (PRK) di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) beliau berkata, perkembangan itu daripada satu segi baik kepada PH.

“Bagus kepada PH kerana apabila ada suara anak muda masih tidak berpuas hati, kita akan segera perbaiki.

“Saya melihat sebagai pimpinan politik apabila protes itu (muncul) awal melalui PRK maka reformasi kita percepatkan kerana kita tahu anak muda tidak sabar. Mereka mahu perubahan dengan cepat.

“Dan pemimpin politik akan berusaha sebaiknya untuk mempercepatkan perubahan. Secara keseluruhan, perubahan reformasi sangat baik walaupun tidak dinafikan kadang-kadang (sikap anak muda) itu merisaukan pemimpin-pemimpin politik,” jelasnya.

Tambah Shazni yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Melaka International Bowling Centre (MIBC) lagi, protes anak muda melalui siri PRK itu akan mendorong untuk berlakunya satu islah dan perubahan di peringkat negara.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

Terkini

Rakyat Kelantan bayar caj parkir lebih mahal daripada Shah Alam

Rakyat biasa dikompaun tapi rombongan Muhyiddin, ahli Bersatu selamba ingkar SOP

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production