Malaysia Dateline

Anak muda sekolahkan Takiyudin tentang kenyataan Tommy Thomas

Seorang anak muda, Nadiah Zulkifli mengkritik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berhubung kenyataan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas.

Kritikan dalam bentuk cerita itu menggambarkan hujah Takiyuddin yang menegaskan bahawa Tommy pada prinsipnya telah mempersetujui penyelesaian luar mahkamah kes pengubahan wang haram anak tiri Najib Razak, Riza Shahriz Abdul Aziz sebagai tidak tepat.

Semalam, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Pas semasa ucapan penggulungan perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat membacakan petikan nota ditulis Tommy pada surat perwakilan kes Riza yang dihantar oleh peguam Riza ke pejabat Peguam Negara.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, Tommy pada asasnya telah bersetuju kes Riza dibenarkan dikompaun dan diselesaikan tanpa melalui pendakwaan.

Susulan itu Mohamed Hanipa Maidin (PH-Sepang) membidas kenyataan Takiyuddin dan mendakwanya cuba untuk mengelirukan dewan.

Untuk rekod, Riza, 43, anak Datin Seri Rosmah Mansor hasil perkahwinan terdahulu, dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada 14 Mei lalu atas tuduhan pengubahan wang haram AS$248 juta (RM1.25 bilion) berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Berikut gambaran kenyataan Takiyuddin ditulis Nadiah yang dipetik dari Facebook beliau:

‘I am prepared to consider…. Ram, please advise’

Sis bagi contoh ya… (contoh ja)

Mak: “Kakak, ni ada orang masuk meminang kakak.. si A ada banglo kat London, si B ada kondo kat California dengan hantaran 500k…si C pulak rela dipenjara dan setia pada akak sorang.. Macam mana??”

Sis: “Peninglah ma…but ‘I am prepared to consider‘… Mak jangan setuju pulak, akak nak tanya kawan-kawan dulu..”

Mak: “Kau ke kawan kau yang nak kawen?? Sibuk nak tanya kawan pulak”

Sis: “Nak kawen ni lagi penting tau dari masalah wang negara kena rompak! Kenalah dapat nasihat dari kawan-kawan dulu…”

Sebulan berlalu…

Mak: “Kak, mak dah cakap setuju kat si A.. Dah lama mak nak duduk banglo kat London… Ko cakap dah setuju kan hari tu?”

Kakak: “Whattttt??? Mana ada setuju…kakak cakap bersedia untuk pertimbangkan, nak tengok dulu siapa pandai buat penkek… Kawan kakak ni pun tak reply lagi whatsapp, dia tengah bercuti kat Sivagangga..”

Mak: “Tapi mak google translate ‘prepared to consider’ maksudnya ‘bersetuju’… kawan ko pun mak dah telegram, dia cakap OK jugak..”

Sis: “Kalau macam tu masa tok kadi tanya nanti, mak cakap la kawan dia dah setuju…jangan petik nama kakak pulak”

Sekian… monolog dalaman berangan sis….

Nota: Sudah banyak surat representasi yang sis tulis untuk anak guam, tapi baru sis tahu tandatangan mantan AG lagi valid dari AG semasa.