Anak penasihat umum Amanah meninggal dunia

Anak penasihat umum Amanah meninggal dunia

Pemuda Amanah Nasional merakam ucapan takziah kepada keluarga Penasihat Umum Parti Amanah Negara (Amanah) Ustaz Ahmad Awang atas pemergian anaknya, Munawwar Hidayat.

Almarhum meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pagi ini kerana serangan jantung.

“Kami menyifatkan, pemergian Munawwar adalah satu kehilangan besar buat Amanah. Beliau antara ahli terawal dan aktif membina parti sejak tertubuhnya Amanah. Ketokohan serta keperibadiannya sangat baik dan dihormati semua pihak. 

“Mewakili Pemuda AMANAH seluruh negara, kami merakamkan takziah buat seluruh ahli keluarga Almarhum. Semoga roh Munawwar bersama para syuhada’ dan auliya’uLlah,” kata Ketua Pemuda Amanah Mohd Sany Hamzan.

Menurut Ustaz Ahmad, solat jenazah akan dilakukan di Surau Zahidiah, Kampung Melayu Sungai Buloh  selepas solat Zohor dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Melayu Sungai Buloh.

TAGS