Malaysia Dateline

Anak Presiden Pas dahului ucapan solidariti Palestin

Dr Mahmood Zuhdi menyambut kedatangan Khalil.

Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis di Masjid Putra, Putrajaya berlangsung sejurus selesai sembahyang Jumaat.

Pengumuman memanggil jemaah untuk berkumpul di ruang legar masjid beberapa kali kedengaran ketika imam masih membacakan doa.

Membuka tirai ucapan, Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi tampil diiringi dengan laungan takbir dipercayai penyokong parti itu sebaik pengacara majlis menyebut Khalil sebagai “dari Pas” tanpa menyebut nama jawatan.

Anak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu kemudiannya berucap hanya lima minit sebelum disusuli dengan paparan video mengenai Palestin.

Terdahulu, sebelum bermula solat Jumaat, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad juga diumumkan hadir dan sedang mengerjakan solat sunat.

Terpampang besar gambar Hadi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di pentas ucapan, Presiden Umno itu berucap dengan suara lantang diselangi dengan laungan Allahu Akbar.

“Kita tak kira siapa. Kita hari ini kebanyakan memakai baju putih hitam kerana itu warna Palestin,” kata Najib.

Beliau turut mengulangi bahawa himpunan itu tanpa mengira parti politik dan NGO.

Khalil bersalaman dengan Ahmad Zahid dan Najib.