Malaysia Dateline

Anak saudara Hadi beri bayangan kesediaan menjadi calon PRU14

Miqdad Zakaria

Ketua Amanah Kawasan Marang Miqdad Zakaria seolah-olah  membayangkan beliau berkemungkinan akan menjadi calon dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Walaupun pernah dilaporkan sebelum ini beliau keberatan untuk bertanding melawan bapa saudaranya Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Marang pada PRU14, namun beliau juga tidak menyatakan hasrat untuk tidak bertanding di mana-mana kawasan sekiranya ditawarkan.

Menerusi statusnya di laman facebook hari ini, beliau memberikan respon  terhadap muka hadapan akhbar Sinar Harian  yang memaparkan tajuk utamanya: ‘Anak Saudara Cabar Hadi’?,

Miqdad berkata, mana-mana calon yang bertanding perlu laksanakan tanggungjawab kepada rakyat sekiranya berlaku pertembungan antara Pakatan Harapan, Pas dan BN ia sebagai tiga blok berasingan itu.

“Kalau bertembung tu bertembunglah nak buat macam mana? Pakatan Harapan, Pas dan BN adalah 3 blok berasingan.

“Tanggungjawab calon adalah terhadap rakyat dan kerja tu kena juga buat.

“Sesiapa yang bertanding tu kena laksanakan,” ujarnya.

Miqdad dipetik pernah berkata pendiriannya untuk tidak menjadi calon PRU14 jelas walaupun Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang tidak mempertahankan kerusi sama.

Katanya, penyertaannya ke dalam Amanah adalah untuk mengubah landskap politik di Marang.

.