Anak yatim pelarian Rohingya terima rawatan kesihatan percuma

Anak yatim pelarian Rohingya terima rawatan kesihatan percuma

Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim) meneruskan siri pembelaan etnik Rohingya di Malaysia dengan menganjurkan program Rawatan Kesihatan dan Bantuan Kewangan kepada 40 pelajar pelarian Rohingya khususnya anak yatim yang belajar di Sekolah Knowlegde Garden Learning Centre (KGLC), Serdang.

Bantuan berjumlah RM28,000 itu meliputi bantuan dari aspek pemeriksaaan kesihatan , yuran persekolahan dan bantuan kewangan untuk keluarga pelarian Rohingya.

Program bantuan yang mendapat tajaan daripada UK Islamic Mission (UKIM) itu telah disempurnakan amanahnya oleh Serantau Muslim bermula dari jam 9 pagi bertempat di KGLC, Serdang Selangor semalam.

Program ini merupakan program lanjutan daripada program Back To School yang telah dilaksanakan pada 26 disember 2017 yang lepas.

Timbalan Pengerusi Serantau Muslim, Dr Muhamad Azrin Omar ketika ditemui selepas perasmian majlis tersebut berkata, pihaknya sangat memandang serius aspek kesihatan para pelarian yang sentiasa terdedah dengan risiko penyakit.

Ini kerana kata beliau, dengan keadaan kehidupan yang serba kekurangan, pelarian Rohingya terdorong dengan kondisi kehidupan yang tidak sihat sekiranya tidak mengambil serius aspek kebersihan seharian.

“Mereka ini perlu dididik dengan amalan hidup sihat agar tidak terdedah dengan apa jua penyakit,” katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Serantau Muslim Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor menjelaskan, ini merupakan langkah yang proaktif dalam memastikan para pelarian Rohingya sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan terhindar daripada sebarang penyakit.

Kata beliau, aspek kesihatan sering diambil ringan dan dianggap remeh oleh sesetengah masyarakat termasuklah para pelarian Rohingya terutama yang hidup dalam serba kedhaifan.

“Program ini menjadi satu peluang kepada kami untuk memberikan pendedahan kepada mereka betapa pentingnya menjaga kesihatan kehidupan seharian,” katanya lagi.

Dalam masjlis tersebut, beberapa orang doktor berpengalaman telah dijemput untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh terhadap anak-anak Rohingya itu.

 

8.0
OVERALL SCORE
: 6.0
1 user vote x 10.0