Malaysia Dateline

Anak Zahid kena kecam lagi?

Belum reda lagi isu pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anak perempuan Ahmad Zahid Hamidi diserang warganet selepas memuatnaik satu status di Instagramnya yang mengundang kecaman netizen.

Menerusi status itu, Nurul Hidayah seolah-olah mengingatkan warganet bahawa beliau anak kepada Ahli Parlimen Bagan Datuk dengan satu hantaran bertulis “bin Ahmad Zahid”

Tangkap layar yang tular di Facebook itu, mendapat perhatian netizen yang menyindir Nurul tidak mensia-siakan ‘kabel’ yang ada.

“Bagus Nurul ni. Dia tak sia-sia kan kabel yang ada,” tulis Muhammad Aizad dan diikuti komen dari Badrol, yang berkata “pakai kabel bapak”.

Pengguna akaun Facebook, Muhammad Zulkarnain berkata, begitu mudahnya Nurul berubah.

“Dulu waktu zaman pemerintahan lain, kau merayu-rayu minta ihsan untuk bapak kau pergi umrah, dah dapat kuasa, besar kepala,” tulisnya.

Apiq Shin pula berkata: “Ini lah anak yang bapa banyak kes rasuah tu ye? baru kenal. Jarang ada orang seronok jadi anak bakal banduan”.

Ada juga netizen mempersoalkan bagaimana perkembangan siasatan kesnya yang didakwa melanggar PKP.

Menarik perhatian, netizen juga menyindir “kami yang bukan anak Zahid nak buat apa? Nak tepuk tangan ke?,” katanya.

Semalam, Nurul Hidayah dan Suami dilaporkan bakal dituduh di mahkamah selepas Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, membuka kerta siasatan berhubung dakwaan ingkar PKP.