Hubungan percintaan antara anak pelakon, Zarina Zainuddin iaitu Azal dengan seorang gadis Indonesia bernama Rahmah nampaknya terkandas di tengah jalan.
Difahamkan, perpisahan itu berpunca dari sikap Azal yang tidak pandai membalas mesej hingga membuatkan Rahmah merasa tawar hati untuk meneruskan hubungan.
Rahmah yang menganggap dirinya tidak dihargai itu akhirnya mengambil keputusan untuk mengembalikan semula perhiasan emas iaitu cincin dan gelang kepada Azal.
Mencuri perhatian ramai, perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Zarina Zainuddin menerusi satu hantaran tular yang telah dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Zarina turut berkongsi satu tangkap layar perbualan dari aplikasi Whatsapp dipercayai dihantar oleh Rahmah yang meluahkan kekecewaannya kepada teman lelakinya itu.
“Azal lupa dengan saya ya? Tak pernah berikan khabar berita. Nanti saya pulangkan semula cincin yang Azal berikan ya,” rajuk gadis yang berusia berusia 26 tahun itu.
Walau bagaimanapun, Azal atau nama sebenarnya Muhammad Raizal Azrai yang mengalami autisme itu hanya membalas mesej dengan dingin tanpa niat memujuk.
“Ya! Rahmah! Khabar Baik! Rahmah! Baiklah! Rahmah!,” tulis anak istimewa Zarina yang kini berusia 27 tahun itu dengan ringkas sebagai maklum balas.
Berkongsi rasa sedih kerana percintaan anak kelainan upaya (OKU) itu tidak berakhir ke jinjang pelamin, Zarina mengaku sudah menyayangi gadis asal Indonesia tersebut.
Pelakon berusia 53 tahun itu bagaimanapun berlapang dada sekiranya Azal ditakdirkan tidak jadi bernikah dengan Rahmah dan kekal membujang untuk selamanya.
“Mungkin Azal tidak memahami maksud Rahmah. Dia iya, iya, dan iyakan sahaja. Sudahlah Rahmah itu gadis yang baik. Saya pun sudah jatuh sayang kepadanya.
“Sekiranya ada jodoh, adalah. Kalau tiada, saya bersedia untuk jaga Azal selagi diri masih bernyawa.” Demikian luahan pelakon drama Bukan Puteri Lindungan Bulan itu.
Tambah Zarina lagi, Rahmah kini sudah tidak berada di Malaysia kerana telah pulang ke negara asalnya, Indonesia untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya.
Sebagai makluman, Azal mulanya berkenalan dengan Rahmah ketika mereka bertiga termasuk Zarina sama-sama terlibat dalam satu festival jualan di Singapura.
Meskipun mereka telahpun bersua muka sejak awal tahun lepas, namun hubungan Azal dan gadis Indonesia tersebut hanya mula rapat semenjak beberapa bulan lalu.
Baca juga: “Sorry laki kita call”, netizen panas dengar Ira Kazar panggil Syamsul Yusoff ‘Ayang’
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio