Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Ancaman virus Wuhan: 14 warga China dikerah pulang

Ancaman virus Wuhan: 14 warga China dikerah pulang

Oleh MALAYSIA DATELINEJanuary 30, 2020 3:26 pm




Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan seramai 14 warga China berasal dari Wuhan yang menaiki pesawat dan mendarat di lapangan terbang negara ini kelmarin telah dihantar pulang ke negara asal.

Beliau berkata, pihaknya menerusi Jabatan Imigresen mengeluarkan arahan penghantaran pulang individu terbabit menggunakan Notis Penolakan Masuk atau ‘Not To Land Notice’ (NTL).

Langkah tersebut ekoran perkembangan terkini kes jangkitan coronavirus 2019 (2019-nCoV) di China, khususnya di wilayah Hubei.

“Pegawai Imigresen mendapati 14 warga China yang mendarat di KLIA kelmarin, berasal dari Wuhan, China.

“Bertindak mengikut prosedur operasi standard (SOP) Imigresen, kita gunakan NTL.

“Pelawat dari Wuhan dan wilayah Huibei tidak dibenarkan masuk melalui semua pintu masuk ke negara ini,” jelasnya pada sidang media di Bukit Aman, di ibu negara hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Dalam hal berkaitan, Muhyiddin menegaskan kerajaan turut mengambil kira aspek keselamatan di kawasan sempadan termasuk Sabah dan Sarawak bagi memastikan tidak ada warga China masuk mengikut laluan berkenaan.

“Kita akan buat pemeriksaan terhadap semua pelancong berkaitan di pintu masuk negara.

“Kalau di kawasan sempadan, kita ada agensi penguat kuasa yang menjalankan pemantauan.

“Jika ada yang bertindak masuk secara haram (di kawasan sempadan), mereka akan dikenakan tindakan mengikut akta Imigresen,” ujarnya lagi.

Sementara itu, satu lagi kes disahkan positif virus berbahaya itu menjadikan keseluruhan lapan kes di negara ini dengan kesemuanya terdiri daripada warganegara China.

Kes terbaharu itu berlaku dalam kalangan kontak rapat yang mana melibatkan seorang lagi warganegnara China berusia 49 tahun.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Darurat demi kedudukan Muhyiddin tapi rakyat tambah derita

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Terkini

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

PKP seluruh negara, kecuali Sarawak, mulai 22 Januari

Lagi Menteri disahkan positif Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production