Anda pintar atau mereng?

Anda pintar atau mereng?

Pameran Munshi Abdullah kembali ke Melaka bertarikh 1.12.2019 menjadi rujukan.

Munshi Abdullah juga dikenali sebagai genius Melayu paling kontroversi hasil dari penulisan kritikan beliau.

A Samad Said juga di senaraikan sebagai genius Melayu yang kontroversi sungguh pun beliau pernah di beri gelaran Sasterawan Negara.

Penulis hebat dunia seperti Virginia Woolf juga di anggap ‘kurang waras dan berkontroversi’ dan beliau dikatakan membunuh diri ketika berusia 59 tahun.

Penulis hebat dan teragung pastinya telah menghabiskan bergelen-gelen tumpahan dakwat bagi pencerahan hubungan antara ‘genius atau pintar’ dan penyakit mental.

Perdebatan ini juga berkait rapat dengan romantisisasi penyakit mental. yang akan saya jelaskan kemudian.

Sejarah telah banyak memperlihatkan banyak mereka yang genius pinta tetapi turut juga mengalami sindrom gila.

Malah Aristotle berkata “Tidak ada fikiran yang hebat wujud tanpa sentuhan kegilaan”.

Ini mungkin juga mengenai sindrom Savant pada tahap yang besar.

Sindrom Savant adalah apabila seseorang yang dikatakan kurang keupayaan mental tetapi menunjukkan bakat tertentu atau kreativiti yang melebihi batasnya.

Kita boleh juga bercakap tentang Wolfgang Amadeus (autistic), Edgar Allen Poe (yang dikatakan tertekan dan terseksa) atau Ernest Hemingway yang menembak dirinya sendiri.

Pelukis Vincent Van Gogh juga di dapati bermasalah turut mengalami gangguan bipolar.

Pada masa itu, apa yang dipanggil “kegilaan” dilihat sebagai “pelayaran ke dalam realiti baru,”

Penyakit mental bukanlah fenomena yang jarang berlaku. Gangguan bipolar dan gangguan kemurungan dikesan menyerang hampir 10% populasi manusia.

Lain-lain penyakit yang teruk seperti autisme Schizophrenia dan lain-lain mempunyai kadar yang lebih rendah.

Bagaimanapun bilangan sebenar mereka yang ‘genius’ agak kurang daripada kadar ini.

Ini adalah petunjuk bahawa kebanyakan orang yang sakit mental adalah bukan genius.

“Terdapat ramai yang genius yang tidak sakit mental, dan terdapat banyak orang yang sakit mental yang bukan genius,” kata Lloyd Sederer, M.D.,

“Kadang-kadang anda mempunyai dua gabungan. Apabila anda mempunyai seorang genius yang terkenal, seperti Philip Seymour Hoffman atau Robin Williams atau John Nash, mereka membuat anda berfikir bahawa hal ini merupakan hanya kebiasaan.”

Para penyelidik yang membongkar cadangan bahawa terdapat kaitan bahawa untuk dikenali sebagai ‘genius’ anda memerlukan darjah kecerdasan otak (IQ) tinggi atau memori yang kuat.

Darjah kecerdasan otak (IQ) tinggi membolehkan seseorang untuk memproses dan memanipulasi rangsangan tambahan dan bukannya dibebani olehnya.

Oleh itu peningkatan darjah kecerdasan otak (IQ) membantu melindungi mereka yang lemah dari beberapa gangguan psikologi yang serius.

Keupayaan ingatan atau memori kerja yang dipertingkatkan juga boleh menjadi faktor perlindungan dalam model kerahsiaan yang dikongsi bersama dengan kreativiti dan psikopatologi.

Orang yang mempunyai kapasiti ingatan kerja yang lebih tinggi mungkin lebih dapat memproses rangsangan tambahan yang disebabkan oleh keadaan kesedaran yang berubah, seperti yang dihasilkan oleh gangguan mood yang berkurangan, atau gejala Somatic Syndrome Disorder (SS)..

Jadi kreativiti menghalang seseorang daripada jatuh ke dalam gangguan mental yang serius.

Kreativiti didasarkan pada keupayaan untuk menggabungkan aspek-aspek konstruksinya jarak jauh yang berkaitan, maka keupayaan untuk memegang dan memproses sebilangan besar membina dalam fikiran secara serentak tanpa menjadi keliru atau terharu menjadikan seseorang itu kreatif dan bukannya mempunyai kognisi yang disorientasi.

Terdapat penjelasan lain oleh para saintis yang dipanggil “Model Perkongsian Kerentanan”. Model ini menjelaskan bahawa penyakit dan kreativiti mungkin berasal dari perkara yang sama seperti keutamaan untuk sesuatu yang baru tetapi mereka tidak mempunyai hubungan antara satu sama lain.

Malah terdapat banyak kes di mana kestabilan mental telah diketahui membantu meningkatkan kreativiti. Ini kerana salah satu aspek kreativiti adalah produktiviti yang tinggi.

Mereka yang menderita gangguan gila mendapati bahawa semasa kitaran ‘gila’ berlaku sukar untuk memberi tumpuan dan semasa kemurungan, individu itu terasa terlalu sukar untuk membayangkan idea.

Jadi mengapa mitos ini begitu lazim diterima oleh orang ramai?

Ini dapat dijelaskan dengan fenomena “Ketersediaan heuristik”. Ia adalah pintasan mental yang kebanyakan kita gunapakai.

Apabila ada contoh yang jelas tentang sesuatu kes, maka otak kita mencatatnya lebih cepat dan memperoleh kesimpulan dari itu dengan cepat.

Oleh itu, apabila kita memikirkan hubungan antara gila dan genius, kes Van Gogh atau kes Newton, ia mendaftarkan diri di dalam otak kita dengan jelas berbanding dengan 99% kes individu yang tidak disorot.

Artis Edvard Munch, yang dikatakan mempunyai gangguan bipolar, pernah menulis di majalah Smithsonian. “Tanpa kebimbangan dan sakit, saya umpama kapal tanpa kemudi … Penderitaan saya adalah sebahagian dari diri saya dan seni saya. Ianya tidak dapat dibezakan dari saya, dan kehancuran mereka akan menghancurkan seni saya. ”

*Penulis adalah pendidik di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai,