Malaysia Dateline

Andrew jayakan misi hantar susu ibu kepada bayi terpisah dengan mak

Resah, gelisah dan runsing. Itulah reaksi golongan ibu yang mencari rezeki di Singapura sebelum ini apabila kerajaan umumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Apabila PKP diumumkan, mereka tidak lagi boleh merentas sempadan untuk menghantar susu ibu kepada anak-anak yang tinggal di Malaysia.

Ada ibu yang menangis hampir setiap hari kerana rindukan anaknya. Ada juga yang runsing memikirkan keadaan kesihatan anak yang memerlukan susu ibu untuk meningkatkan sistem imunisasi.

Belum lagi ada anak yang sanggup berlapar kerana tidak mahu minum susu formula dan hanya mahu minum susu ibunya.  

Susu ibu memiliki nutrien yang terbaik untuk bayi. Sebab itu susu ibu sangat berharga.

Bayangkan bagaimanalah perasaan si anak dan si ibu yang terpaksa berjauhan. Bukan untuk sehari atau dua, tetapi sehingga berbulan-bulan.

Mujurlah rintihan para ibu ini didengari oleh ADUN Pakatan Harapan (PH), Andrew Chen Kah Eng.

Andrew telah menggerakkan beberapa siri pengumpulan dan penghantaran lebih 63,620 kg susu melibatkan 564 ibu yang mencari rezeki di Singapura.

Usaha ini berjaya membantu ramai ibu dan yang lebih manis, ia telah mencipta rekod kebangsaan Malaysia Book of Records.

Kini para ibu sudah tidak lagi resah dan runsing memikirkan anak mereka yang jauh di mata. Tahniah Saudara Andrew.
Inisiatif sebegini mencerminkan komitmen wakil-wakil rakyat PH untuk membantu masyarakat yang terjejas ekoran pelaksanaan PKP.

Fokus PH dalam membantu Bangsa Johor ketika PKP tidak berhenti setakat itu sahaja. Selain mengagihkan bakul makanan, PH turut menyatukan ahli-ahli keluarga yang telah terpisah susulan PKP.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac ini, Andrew akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang. Berdasarkan ‘track record’ Andrew, ternyata beliau seorang wakil rakyat yang cemerlang dalam menyelesaikan masalah rakyat. 

Fokus Andrew adalah jelas iaitu untuk menyelesaikan masalah rakyat. Usaha penghantaran susu ibu ini dilaksanakan ketika parti-parti kerajaan sibuk berebut kuasa. 

Di manakah parti-parti kerajaan ketika rakyat benar-benar memerlukan? Di manakah kementerian terlibat ketika ibu-ibu ini memohon pertolongan?

Ternyata, ketika kerajaan tidak berbuat apa-apa ketika rakyat merintih, wakil rakyat PH ke hadapan untuk memastikan keperluan dan tuntutan rakyat dapat direalisasikan.