Malaysia Dateline

Anggap China ‘abang besar’, Hishamuddin dikritik

Tindakan Menteri Luar Hishamuddin Hussien yang menyifatkan China sebagai ‘abang besar’ Malaysia di kutuk oleh para pengkritik.

Bagi mereka ini adalah satu langkah yang tidak selari dengan dasar Malaysia yang tidak dilihat bersama dengan mana-mana kuasa besar dunia.

Seorang pemilik akaun Twitter yang dikenali Ivy Kwek menyifatkan pengucapan Menteri Luar itu memberi keburukan besar terhadap Dasar Luar Negara Malaysia.

“Puluhan tahun diplomat Malaysia telah berusaha keras untuk menjalin hubungan kita dengan kuasa besar, menggunakan agensi kita walaupun merupakan negara yang lebih kecil.

“Ini (perbuatan) adalah pembatalan kerja keras mereka,” ciap beliau.

Beliau berkata, Menteri Luar China Wang Yi kelihatan terkejut dengan ucapan Hishamuddin dan berusaha untuk menyelamatkan keadaan dengan mengatakan ‘kami bersaudara’.

“Itu mempunyai konotasi yang lebih menghormati.

“Jaga bahasa awak. Dalam diplomasi, itu semua!” kata beliau difahamkan merujuk kepada Hishamuddin.

Terdahulu, Hishamuddin telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar China di Fujian hari ini bagi menandatangani Memorendum Persefahaman (MoU) sekaligus memulakan pengukuhan kerjasama Malaysia-China dalam pelbagai bidang terutama di era pasca pandemik #COVID19.

Malaysia dan China bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi yang akan dipengerusikan oleh Hishamuddin sendiri bersama Menteri Luar China, TYT Wang Yi.