Anggap rezeki sebagai satu tanggungjawab, Fattah Amin tak tamak, mahu puaskan hati semua pihak

Oleh MAISARAH AISYA

Ramai dilihat mengambil apa sahaja peluang untuk dapatkan rezeki lebih tapi bila terlalu banyak satu pekerjaan ini dilayan endah tak endah sahaja.

Buat pelakon Fattah Amin meskipun dihujani pelbagai tawaran dan jadual kerja padat hingga Februari tahun depan, dia menganggap ia sebagai satu bentuk tanggungjawab.

Pada masa sama dia meluahkan rasa syukur kerana diberi kepercayaan untuk menggalas pelbagai pekerjaan lapor Kosmo! Online.

“Ini rezeki, Alhamdulillah. Saya sendiri tidak sangka apabila rezeki sangat murah sekarang dan paling patut buat ialah memanjatkan rasa syukur pada Allah.

“Terima kasih untuk semua doa, sokongan dan rezeki yang diberikan, saya sangat bersyukur.

“Rezeki yang diberi ini merupakan satu tanggungjawab yang perlu dilunaskan sehabis baik dan tak mahu kecewakan pihak yang sudah beri kepercayaan kepada saya,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.

Pada masa sama, Fattah menegaskan beberapa perkara termasuk tidak mempromosikan jenis produk yang sama.

Saya tidaklah terima semua tawaran dan akan teliti terlebih dahulu jenama, produk dan komitmen yang diminta.

“Saya cuba elak mengambil produk yang lebih kurang sama kerana tidak mahu timbul masalah kelak.

“Pihak pengurusan juga membantu dan sangat selektif tentang pemilihan produk sebelum bersetuju ambil,” ujarnya.

Baca juga: Ramalan netizen rupanya benar belaka, anggota Exists dedah misteri lagu Alasanmu