Ujian dan takdir untuk setiap manusia ini berlainan, ada yang diuji secara berturut-turut dan ada pula diuji sekali tapi besar musibahnya.
Namun itulah yang sudah tertulis dalam takdir kita, tiada guna mahu menyesali kerana setiap musibah itu ada kelebihannya.
Buat pelakon dengan tubuh kecil, Bella Astillah menganggap ujian yang berlaku kepadanya sebagai satu takdir lapor Harian Metro.
“Inilah takdir dan saya tak nak salahkan takdir. Mungkin Allah bagi ujian ini bersebab supaya saya menjadi orang yang lebih berguna, lebih kuat, lebih berkeyakinan dan lebih menyayangi diri sendiri. Itu yang saya lupa.
“Dari dahulu sampai sekarang, saya kurang menyayangi diri saya. Jadi, selepas ini, mungkin saya boleh tumpukan kepada diri sendiri dan anak. Insya-Allah,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Tak pernah menyesal
Tambahnya, dia sudah menerima ujian ini dengan hati terbuka dan tidak berguna untuk menyesal kerana jalan ini sudah tertulis.
“Dalam hidup ini, kita tak boleh menyesal. Apa-apa yang terjadi, dah ditakdirkan begitu. Saya tak boleh nak cakap saya menyesal.
“Saya terima dengan hati yang terbuka apa sahaja yang saya sedang hadapi sekarang, memang itulah takdir.
“Jadi, saya tak boleh nak salahkan ataupun rasa menyesal. Allah yang berlaku, semua Allah dah tentukan untuk kita. Jadi, kita hadap sahaja,” katanya.
Mahu kembali ke zaman kecil
Pada masa sama, Bella memaklumkan ingin kembali ke zaman kecil di mana hidupnya hanya besama adik dan mama tanpa ujian yang dihadap ketika dewasa.
“Masa kecil. Sebab sewaktu kecil, tak ada apa-apa masalah. Cuma dengan adik dan mama, kami selalu gembira, jalani penggambaran tanpa ada apa-apa masalah yang membabitkan emosi.
“Masalah pun kalau setakat bergaduh dengan adik, lambat pergi sekolah. Ia tidak sebesar dan seberat bila kita dah dewasa. Tapi, kadang-kadang sebagai manusia, ada ujian.
“Jadi, kalau boleh putar balik waktu, memang nak kekal kecil sampai bila-bila. Jadi, kita akan sentiasa dengan orang tua kita tanpa ada beban-beban yang buat kita tertekan,” katanya.