Anggota misi bantuan AMANAH komited bantu mangsa banjir

Anggota misi bantuan AMANAH komited bantu mangsa banjir

Sebaik sahaja mendapat makluman mengenai musibah banjir yang melanda Pulau Pinang, Parti Amanah Negara (AMANAH) tanpa lengah terus mengerahkan tenaga daripada semua peringkat untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir yang terlibat.

Sejak banjir teruk melanda sebelah Pulau dan Seberang Perai, pimpinan AMANAH daripada pelbagai peringkat dan negeri turun padang bagi menghulurkan bantuan termasuklah Pengerusi AMANAH Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Pengerusi AMANAH Perak, Asmuni Awi, Timbalan Ketua Pemuda AMANAH, Faiz Fadzil, Ketua Pemuda AMANAH Kedah, Asmirul Anuar Aris serta pimpinan pemuda dari beberapa buah negeri di utara.

Faiz Fadhil bersama pemuda AMANAH Perak di sekitar Kg Permatang Rawa dan Kg Petani dalam kawasan parlimen Permatang Pauh.

Mereka bukan sahaja menghulurkan bantuan dengan menyampaikan makanan dan minuman, tetapi juga membantu untuk memindahkan mangsa banjir ke tempat pemindahan mangsa banjir.

Menurut Faiz, seramai 200 ahli AMANAH telah bergerak dalam kumpulan bagi membantu semua mangsa banjir yang terlibat .

“Musibah yang menimpa kali ini mencatat sejarah dan merupakan ujian yang besar buat rakyat negeri ini.

Faiz menyerahkan makanan dari rumah ke rumah di Kg Sama Gagah, Permatang Pauh.

“Antara khidmat yang diberikan ialah membantu mangsa membersihkan kediaman mereka dan juga menyerahkan makanan ke lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti.

“Kita menghulurkan sumbangan kepada semua pihak dengan mengetepikan apa jua sentimen politik dan ras,” jelasnya lagi.

Mujahid turun padang membantu penduduk di Tasek Gelugor.

Beliau juga berkata, kebanyakan mangsa yang ditemui amat berterima kasih dengan kehadiran AMANAH.

“Komitmen yang diberikan oleh AMANAH tidak juga mengambil kira waktu dan ketika.

“Gerak kerja yang dilaksanakan termasuklah dengan menaiki bot serta juga menggunakan kenderaan pacuan empat roda bagi kawasan yang sukar dilalui oleh kenderaan ringan.

Operasi membersih rumah mangsa banjir di Kubang Semang dengan kerjasama Pemuda AMANAH Perak dan Pulau Pinang.

“Selain itu, kita juga membantu mereka untuk menyediakan makanan di beberapa tempat pemindahan yang telah dikenal pasti, ” ujar Faiz lagi.

Selain itu tegasnya, AMANAH akan terus menggerakkan tenaga daripada semua sayap parti yang ada bagi meringankan beban mangsa.

Tambahnya lagi, kawasan banjir yang agak besar pada kali ini memerlukan komitmen dan sokongan oleh semua pihak.

Sehubungan itu jugalah katanya, pelbagai bentuk bantuan segera sebaik saja berlakunya banjir turut disalurkan oleh AMANAH serta komponen Pakatan Harapan siang dan malam.

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS