Malaysia Dateline

Anggota parlimen dipanggil SPRM bagi lengkapkan siasatan kes rasuah

Seorang anggota parlimen bergelar Datuk Seri hari ini dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  bagi melengkapkan siasatan suruhanjaya itu berkaitan kes rasuah syarikat kontraktor.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna putih yang dipercayai dinaiki anggota parlimen berkenaan yang sebelum ini pernah menjadi pengerusi sebuah syarikat berkaitan kerajaan, memasuki ibu pejabat SPRM di sini kira-kira pukul 3.08 petang.

Menurut sumber SPRM, anggota parlimen itu sepatutnya hadir ke SPRM semalam untuk memberi keterangan, namun mendapat kebenaran untuk ditangguhkan ke hari ini kerana beliau mahu menghadiri sidang Parlimen.

Pada 25 September lepas, SPRM menahan anggota majlis tertinggi sebuah parti politik dan abangnya yang bergelar “Datuk” serta seorang pengarah syarikat berhubung kes berkenaan, dan mereka juga direman bagi membantu siasatan kes itu.

— BERNAMA