Malaysia Dateline

Anggota tentera berjaya siapkan Hospital Medan Pulau Pinang dalam tempoh 10 hari.

Kesungguhan yang dilaksanakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan serta kerajaan negeri Pulau Pinang dan Hospital Pulau Pinang kini Hospital Medan (HM) sudah mulai berperasi hari ini setelah berjaya disiapkan dalam tempoh hanya 10 hari.

Dengan terbinanya HM tersebut ia diharapkan dapat membantu mengatasi beberapa masalah termasuk kekurangan katil bagi pesakit Covid-19 di Pulau Pinang.

Kemas. Katil-katil yang disediakan untuk pesakit Covid-19

Menurut Penyelaras Covid-19 kerajaan negeri Pulau Pinang dan kerajaan Pusat, Steven Sim, HM yang dilengkapi dengan 100 buah katil tersebut telah siap dibina dalam tempoh 10 hari sepertimana yang dijanjikan semasa Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin turun melawat Pulau Pinang bagi melihat lebih dekat beberapa kemudahan yang diperlukan bagi mengatasi masalah kekurangan kemudahan dan infrastruktur pesakit Covid-19.

Adalah difahamkan penggunaan katil di wad Unit Rawatan Rapi atau ICU, Hospital Pulau Pinang telah pun mencapai tahap maksima

Malah dengan kewujudan HM dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang diperlukan ia dijangka dapat membantu setelah sejumlah 100 katil disediakan dimana 96 katil merupakan katil ‘acute resuscitation’ dan 4 lagi merupakan katil ICU yang turut dilengkapi dengan bantuan sokongan oksigen bagi membantu pesakit Covid-19.