“Angin hah… bukan kita bikin”

“Angin hah… bukan kita bikin”

Seorang penduduk rumah pangsa mendakwa Jalur Gemilang yang dipasangnya terbalik kerana ditiup angin.

Kenyataan lelaki tanpa berbaju dan berseluar paras lutut itu tular di media sosial dalam rakaman video berdurasi seminit lebih.

“Angin hah… bukan kita bikin,” katanya kepada seorang lelaki yang menegur tentang bendera yang dipasang terbalik itu.

Satu lagi insiden pemasangan bendera negara terbalik turut berlaku di Rengit, Batu Pahat, Johor.

Kejadian yang berlaku hari ini itu bagaimanapun mendapat perhatian Ahli Majlis Perbandaran Batu Pahat, Malikfaishal Ahmad yang turun ke lokasi berkenaan.

Beliau difahamkan menegur pemilik rumah supaya membetulkan segera pemasangan bendera Malaysia tersebut.

Malikfaishal bersama penghuni rumah di Rengit yang membetulkan segera bendera terbalik.