Angin kencang di Arafah tidak pudar semangat jemaah haji untuk berwukuf

Angin kencang di Arafah tidak pudar semangat jemaah haji untuk berwukuf

Angin kencang beserta debu yang melanda Arafah pada petang Rabu waktu tempatan tidak meluntur semangat para jemaah haji untuk berwukuf di Arafah.

Sebahagian jamaah haji sudah pun tiba di Arafah pada hari Rabu, 8 Zulhijjah walaupun waktu wukuf hanya bermula setelah tergelincir matahari pada Khamis, 9 Zulhijjah, lapor jurufoto Malaysia Dateline Wan Zahari Salleh yang berada di Arafah.

Sementara itu pihak berkuasa Arab Saudi mengumumkan bahawa semua persiapan bagi menerima lebih dua juta umat Islam dari seluruh dunia bagi menunaikan ibadat haji sudah siap sepenuhnya.

“Segala persiapan dirangka bagi menerima lebih dua juta jemaah haji, termasuk 1.73 juta dari luar negara,” kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Jeneral Mansour al-Turki, dalam satu sidang media.

Angin kencang yang bertiup di Arafah tidak memudarkan semangat para bakal haji untuk berwukuf.

Jemaah haji Malaysia mencari khemah penempatan setibanya di Arafah.

CATEGORIES
TAGS