Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Angka kematian 1,380 lebih 63,800 dijangkiti Covid-19 di China

Angka kematian 1,380 lebih 63,800 dijangkiti Covid-19 di China

BernamaFebruary 14, 2020 1:14 pm




Jumlah mereka yang dijangkiti wabak penyakit COVID-19 di seluruh China meningkat kepada 63,851 orang dengan 1,380 pesakit meninggal dunia, lapor agensi berita Sputnik memetik Suruhanjaya Kesihatan China pada Jumaat.

“Sehinga tengah malam 13 Februari, Suruhanjaya Kesihatan menerima maklumat mengenai 63,851 kes penyakit radang paru-paru berpunca daripada koronavirus jenis baharu di 31 wilayah, termasuk 55,748 orang kini menghidap penyakit itu.

“Seramai 10,204 orang berada dalam keadaan kritikal, 1,380 meninggal dunia dan 6,723 dibenar keluar hospital,” menurut kenyataan suruhanjaya itu.

Suruhanjaya itu menjelaskan wujud statistik tidak konsisten sebelum ini berpunca daripada data yang diperoleh di Wilayah Hubei, apabila 108 kematian dicatatkan dua kali.

COVID-19 – nama yang diberi untuk koronavirus jenis baharu – mula dikesan di Wuhan, wilayah Hubei, China pada Disember lalu dan sejak itu sudah merebak ke lebih 25 negara.

Minggu lalu, Pertubuhan Kesihatan Dunia mengisytiharkan darurat kesihatan global ekoran wabak berkenaan. — BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

PENDAPAT: Bila Parlimen ditutup, ‘parlimen rakyat’ yang ambil alih

Krisis pendidikan negara semakin memuncak

Kasihan, apa jadi kepada mereka yang tiada gajet?

Tindakan kerajaan mahu bunuh kontraktor bumiputera

Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production