Malaysia Dateline

Angka korban global Covid-19 kini cecah hampir 3 juta

Angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia terus mencatatkan lonjakan sejak 24 jam lalu. Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian kini melebihi 2.97 juta kes.

Mengikut data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) kekal mencatatkan jumlah korban tertinggi dengan lebih 565,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan angka kematian melebihi 361,000 kes dan Mexico dengan lebih 210,000 kes.

Sementara itu, India, United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis menyaksikan lebih 100,000 kes kematian akibat pandemik berbahaya itu.

Negara yang merekodkan lebih 50,000 kes maut termasuk Jerman, Sepanyol, Columbia, Iran, Poland, Argentina, Peru dan Afrika Selatan.

Jumlah kematian antara 20,000 hingga 50,000 kematian ialah Indonesia, Ukraine, Turki, Romania dan Chile.