Angka korban lombong emas runtuh di Indonesia meningkat 16 orang

Angka korban lombong emas runtuh di Indonesia meningkat 16 orang

Angka korban dalam kejadian lombong emas runtuh di wilayah Sulawesi Utara, Indonesia meningkat 16 orang, memetik seorang pegawai Badan Pengurangan Bencana Nasional (BNPB).

Bercakap mengenai perkembangan terkini, Sutopo Purwo Nugroho berkata sejak Sabtu tujuh lagi mayat ditemui, lapor agensi berita Anadolu.

Seramai 18 lagi mangsa ditemui selamat oleh pasukan penyelamat, katanya.

Malapetaka pada 26 Februari itu berlaku di lombong emas tidak berlesen dengan jumlah mangsa terperangkap msih tidak dapat dipastikan.

Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan sehingga 11 Mac.

— BERNAMA