Angka tidak rasmi tunjuk Ashraf Wajdi menang ketua pemuda Umno

Ashraf memuat naik keputusan tidak rasmi dalam facebook beliau.

Berdasarkan angka tidak rasmi, Datuk Dr Ashraf Wajdi Dasuki memenangi pemilihan Ketua Pemuda Umno Malaysia apabila mendapat 73 undi selepas 189 dari 191 keputusan pemilihan bahagian diperolehi.

Ashraf melalui facebooknya memaklumkan, beliau mendapat 73 undi mendahului Senator Khairul Azwan Harun yang mendapat 58 undi, Shahar Abdullah (56) dan Datuk Seri Jamal Yunus yang hanya mendapat 2 undi.

Ia berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diperolehi pada jam 4.30 pagi 24 Jun 2018, kata bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dalam facebooknya.

5.0
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 1.0
CATEGORIES
TAGS