Angkara perbuatan pemimpin Umno-BN

Angkara perbuatan pemimpin Umno-BN

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Dijangkakan 1.5 million Bangla akan sampai berperingkat-peringkat dalam tempoh tiga tahun ini. Sekarang pun sudah ada kira-kira 5juta pekerja asing. Ramai yang secara haram. Ada pula diantara mereka yang membuka restoran, kedai dan ada juga yang tidak ada kerja tetap walaupun permit untuk bekerja dengan majikan yang memohon.

Apa nak jadi? Salah siapa? Salah sebahagian kita yang benarkan diri terus ditipu dengan alasan tanpa Umno orang Melayu akan kebulur, tanpa Umno Sultan akan dihapus dan banyak lagi lagu-lagu yg sering didendangkan kepada kita orang Melayu dan ditaburkan pula dedak seperti ayam yang dibelakang rumah.

Gadai 3juta hektar tanah simpanan Melayu, bagi lesen kasino,  lesen judi,jual tanah kem tentera udara Sungai Besi, jual IPPs kepada orang  Cina, rompak duit 1MDB dan KWSP, kayakan Jho Low dan lain-lain lagi.

Ini tidak termasuk kos sara hidup yg melambung tinggi yang memeritkan rakyat. Seramai600 ribu graduan tidak dapat pekerjaan. Bantuan universiti dan kolej dipotong.

Angkara perbuatan pemimpin-pemimpin Umno-BN sekarang tapi DAP juga yang dipersalahkan bukan salah Umno – Umno terlalu maksum kah?

Sampai bilalah kita orang Melayu sanggup membenarkan diri kita diperbodo-bodohkan. Macam manalah DAP boleh berkuasa. Daripada 222 kerusi Parlimen, DAP hanya bertanding 75 kerusi sahaja, itu pun lawan MCA dan Gerakan (parti cina juga).

Kalau menang semua pun bermakna DAP ada 75 kerusi dari jumlah 222 kerusi. Manakala Pas dan Amanah parti Melayu. PKR majoriti Melayu jadi Ahli Parlimen.

Sebenarnya yang hilang kuasa dan kedudukan jika Umno-BN kalah ialah pemimpin-pemimpinnya sahaja. Mereka takut dipenjarakan atas rompakan-rompakan yang dilakukan selama ini – itu sebenarnya.

Buang Umno bukan bermakna buang al-Quran dan agama suci Islam. Malah tidak bersekongkol dengan perompak,penyamun,pencuri dan penzalim adalah dituntut oleh Allah swt – Tidakkah kita percaya dan yakin dengan janji-janji Allah swt – sila lihat Surah Al Azzab Ayat 66,67 dan 68 dan beberapa ayat-ayat lain dalam beberapa Surah.

Jelas Allah swt memberi amaran tentang beberapa azabnya keadaan didalam neraka jahanam dikalangan mereka yang bersekongkol dan bersubahat dengan pemimpin-pemimpin yang melanggar perintahNya. Janji ALLAH adalah benar. Bertaubatlah segera saudara-saudaraku demi bangsa Melayu sebelum nyawa sampai dikhalkum. ÀLLAH MAHA PENGAMPUN. Ins Shaa Allah.

Nota Pengarang :  Fakta pada PRU13 DAP telah bertanding 51 kerusi Parlimen. Tolak 3 calon Melayu setiap seorang (Pulau Pinang, Pahang dan Johor) tinggal 48 calon DAP bukan Melayu.  Calonn bukan Melayu DAP yang boleh menang ialah 48 termasuk Bumiputera Sabah dan Sarawak.

CATEGORIES