Malaysia Dateline

Angkat bendera parti semasa beri bantuan…

Meletakkan muka pada beg makanan yang diberikan adalah biasa. Begitu meletakkan lambang parti pada beg makanan tersebut.

Tetapi mengangkat bendera parti selepas memberikan bantuan sempena Perintah Kawalan Pergerakan ketika merebaknya Covid-19 adalah sesuatu yang luar biasa.

Tetapi itulah yang berlaku.

Menurut Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional, Mohamed Hanipa Maidin, itulah yang berlaku sekarang ini.

“Jika sampai guna platform rasmi Kemnetrian untuk menyampaikan agenda politik beratlah.. dah macam pendemik lain pulak.

“Yang satu lagi pula, sibuk tayang bendera dan logo,” ulas Hanipa kepada Malaysia Dateline ketika mengulas fenomena menayangkan bendera parti ketika menyampaikan sumbangan itu.

Namun Hanipa tidak menyatakan di manakah peristiwa itu berlaku.

Hanipa turut mengulas kenyataan Kementerian Kesihatan hari ini yang dikecam pelbagai pihak.

Selepas dikecam, kenyataan itu telah diturunkan kembali.