Angkat sumpah menteri, timbalan menteri 2 Julai

Angkat sumpah menteri, timbalan menteri  2 Julai

Istiadat mengangkat sumpah jawatan menteri dan timbalan menteri akan diadakan di Istana Negara pada 2 Julai ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menerima senarai nama menteri dan timbalan menteri tersebut daripada Pejabat Perdana Menteri pada 20 Jun lalu.

“Senarai nama menteri Kabinet tersebut diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong dan dikembalikan semula kepada Pejabat Perdana Menteri pada 22 Jun iaitu hari Jumaat,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi lapor Bernama.

Beliau berkata kenyataan tersebut dikeluarkan bagi merujuk kepada laporan berita yang disiarkan Malay Mail Online semalam yang bertajuk “Cabinet List Delay? Dr M says ball in Agong’s court”.

“Pihak Istana Negara memohon agar semua pihak tidak melaporkan perkara-perkara yang bersifat negatif dan tidak tepat terhadap Yang di-Pertuan Agong,” kata Wan Ahmad Dahlan.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata baki senarai menteri dimuktamadkan dan akan mengangkat sumpah dalam masa terdekat.

Sebelum ini, 13 menteri Kabinet mengangkat sumpah.