Malaysia Dateline

Angkatan Muda Harapan memperkemas struktur organisasi hadapi PRU15

Angkatan Muda Harapan memperkemaskan struktur organisasi sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

Dalam satu kenyataan bersama Angkatan Muda Harapan menzahirkan komitmen berkesatuan antara komponen sayap pemuda parti komponen Pakatan Harapan khusus bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 dan terus bertekad membina keyakinan anak muda untuk konsisten membawa nafas politik yang baharu.

“Iaitu Politik yang mementingkan rakyat, politik yang berteraskan dasar dan solusi dan juga menyemarakkan politik progresif pelbagai bangsa dan faham agama,” kata kenyataan itu.

Angkatan Muda Harapan yang terdiri daripada Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik Malaysia (DAPSY), Pemuda AMANAH Nasional, Wanita Muda Amanah Nasional (WARDA), Pergerakan Pemuda UPKO dan Pergerakan Generasi Muda UPKO berdiri teguh bersama-sama bagi memastikan kemaslahatan yang dicerminkan melalui hasrat dan aspirasi mereka dijuarai setiap masa.

Sehubungan itu, Angkatan Muda Harapan akan menganjurkan satu Jelajah Harapan Anak Muda yang akan bermula di Kota Bharu, Kelantan pada 13 Ogos 2022 (Sabtu) dan akan diteruskan di beberapa negeri lain lagi selepas ini.

“Isu mutakhir terkait anak muda terkait kos sara hidup anak muda termasuklah kebajikan pekerja ekonomi gig yang didominasi anak muda, Angkatan Muda Harapan

“Jelajah Harapan Anak Muda ini bukan sahaja sebagai medan pencerahan dan penerangan secara konvensional, tetapi bagi menjalankan komitmen Angkatan Muda Harapan untuk terus bersama dengan anak muda mengangkat aspirasi mereka melalui suara hati nurani anak muda” katanya.

Bagi memperkukuh kesatuan dan memperkemas organisasi, Angkatan Muda HARAPAN mengumumkan struktur penuh organisasi seperti di bawah :-

Ketua Angkatan Muda – Kelvin Yii Lee Wuen
Timb. Ketua Angkatan Muda – Mohd Hasbie Muda
Timb. Ketua Angkatan Muda – Adam Adli Abd Halim
Timb. Ketua Angkatan Muda – Nurthaqaffah Nordin
Timb. Ketua Angkatan Muda – Felix Joseph Saang

Naib Ketua Angkatan Muda – Nik Abdul Razak Nik Md Ridzuan
Naib Ketua Angkatan Muda – Young Syefura Othman
Naib Ketua Angkatan Muda – Muhammad Kamil Abdul Munim
Naib Ketua Angkatan Muda – Kennedy John Angian

Setiausaha – Musaddeq Khalid
Timb. Setiausaha – Omar Mokhtar A Manap
Bendahari – Lim Yi Wei
Timb. Bendahari – Nur Najihah Muhaimin

Biro Pilihan Raya

  • Asmaaliff Abdul Adam
  • Prabakaran a/l Parameswaran
  • Keristinah Philip Selvaraju

Biro Mobilisasi

  • Umar Khair
  • Abbas Azmi
  • Jason Raj Kirupanantha

Biro Dasar Awam

  • Ong Chun Wei
  • Nadia Fathin Syahira Ahmad Nazri
  • Ammar Atan

Biro Penerangan

  • Muhammad Haziq Azfar Bin Ishak

Baca juga: ‘Bantuan NGO, kerajaan dapat tapi nak buat macam mana mereka bahagia hidup macam tu’

Baca juga: Muka macam kanak-kanak, lelaki 27 tahun anggap ia sumpahan