Anifah diingatkan Apco dibawa masuk bukan cadangan atau dijemput PBB

Anifah diingatkan Apco dibawa masuk bukan cadangan atau dijemput PBB

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman perlu sedar bahawa khidmat syarikat Apco Worldwide Sdn Bhd (Apco) yang ada kaitan dengan Israel di negara ini bukan atas jemputan atau cadangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kata Mahfuz, adakah Menteri Luar Malaysia ini tidak sedar atau buat-buat lupa bahawa kerajaan pimpinan Najib Razak menggunakan khidmat syarikat Apco Worldwide Sdn Bhd dalam melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi.

Khidmatnya adalah secara “menyeluruh,” selain melakukan program mempromosi dan mengurus imej negara di peringkat antarabangsa dan membayar upah, kata beliau.

“Agensi itu bukan PBB yang jemput atau cadangkan kepada kerajaan Malaysia yang mana antara pengarahnya juga adalah Margery Kraus, CEO Apco dan invdividu penting yang terlibat dengan akaun di Israel.

“Dan salah seorang penasihat antarabangsa kepada Apco adalah Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel berpangkat Mejar Jeneral,” kata beliau dalam kenyataan medianya baru-baru ini.

Kata beliau, sebegitu mudah alasan diberi untuk menghalalkan tindakan Israel berkampung di bumi Malaysia dan sebegitu mudah pula Wisma Putra mengizinkan delegasi Israel hadir dalam persidangan tersebut.

Dan kenyataan penafian yang keluar daripada mulut menteri hanya setaraf JKKK Umno, ianya tidak menampakkan kecerdikan berfikir seorang menteri, katanya lagi.

“Kerajaan Malaysia nafi menjemput Israel datang dengan berdalih menyatakan surat jemputan kepada Israel bukan ditandatangani oleh mana-mana pegawai Malaysia sebaliknya ia ditandatangani Pengarah Eksekutif UN-Habitat.

“Ia katanya selaras Perjanjian Negara Penganjur (HCA) yang dimeterai antara organisasi berkenaan dengan Malaysia,” kata Mahfuz.

COMMENTS

Wordpress (0)