Malaysia Dateline

Anifah gagal semak semula keputusan batal kemenangan di Kimanis

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Anifah Aman untuk menyemak semula keputusan terdahulu yang membatalkan kemenangannya di Parlimen Kimanis pada pilihan raya umum ke-14.

“Kami mempertimbangkan permohonan Anifah dan mendapati dia gagal melepasi intipati yang diperlukan di bawah Aturan 137 Kaedah Mahkamah Persekutuan.

“Kami juga tidak yakin Anifah dapat buktikan yang 4 orang hakim yang dengar rayuan petisyen pilihan raya itu berat sebelah,” kata hakim Mahkamah Persekutuan Mohd Zawawi Salleh dalam menyampaikan keputusan mahkamah.