Anifah nafi kementeriannya bantu Riza Aziz pulang

Anifah nafi kementeriannya bantu Riza Aziz pulang

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menafikan kementeriannya atau beliau sendiri sedang membantu anak tiri perdana menteri, Riza Shariz Abdul Aziz untuk pulang ke Malaysia selepas dikenakan sama oleh Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika.

Menurut Anifah, jika Riza mendapat pasport diplomatik pun, ia tidak boleh melepaskan Riza keluar dari negara itu kerana ia hanya berkesan kepada ketua kerajaan saperti presiden dan perdana menteri dan juga menteri luar.

Penjelasan Anifah ini disiarkan oleh blogger Datuk Zaharin Yassin dalam facebooknya ekoran tulisan beliau sebelum ini yang mendakwa Riza Aziz dalam perjalanan pulang selepas mendapat paspor diplomatik dari kerajaan Malaysia.

Menurut posting Zaharin semalam, Anifah telah menghubungi beliau sendiri selepas beliau menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan mengenai tulisan awal beliau.

“Saya tanya soal adakah benar dia membawa balik Riza Aziz ke Malaysia dengan menggunakan diplomatik pasport. Ini jawaban dia dalam perbualan sabentar tadi,” tulis Zaharin dalam facebooknya.

Menurut Anifah yang baru mendarat di London dari New York itu, sepanjang beliau berada di New York, “saya tidak berjumpa dengannya.”

Menurut Anifah, jika dia ada pasport diplomatik passport pun, Riza tidak kebal.

“Yang kebal pemegang passport itu ialah ketua kerajaan saperti presiden dan perdana menteri dan juga menteri luar. yang lain boleh diambil tindakan mengikut undang-undang Imigresen negara yang berkenaan.. Passport hanya memudahkan laluan sahaja di pintu Imigresen dan tidak ada keistimewaan,” kata Anifah sebagaimana dituliskan oleh Zaharin.

Menurut Anifah, US-DoJ bukan isu yang menteri luar boleh masuk campur.

“Itu urusan Kerajaan Amerika. Maka tidak benar sama sekali Kementerian Luar atau saya sendiri terlibat (jika ada) Riza Aziz pulang ke Malaysia.. Saya hanya buat kerja menteri luar dan bukan soal Riza Aziz.

“Saya pergi dan balik dengan penerbangan komersial dan bukan ada privet jet,” katanya lagi.

Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat memulakan prosiding sivil ke atas lima orang yang disyaki menggunakan duit curi daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kelima-lima mereka yang diambil tindakan adalah Riza Shahriz Abdul Aziz, Low Taek Jho atau Jho Low, Eric Tan Kim Loong, Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohamed Badawy al-Husseiny.

Riza ialah anak tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak. Dia ialah anak Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dengan suami pertamanya Abdul Aziz Nong Chik. Dia menetap di Amerika dan bergiat dalam bidang perfileman serta pelaburan.

TAGS