Malaysia Dateline

Ankara kutuk serangan di Manbij, Syria

Turki mengutuk serangan yang dilancarkan di bandar Manbij, utara Syria mengorbankan tentera Amerika Syarikat dan orang awam, lapor agensi berita Anadolu.

‚ÄúTurki dukacita berikutan serangan bom yang membunuh tentera Amerika dan penduduk awam di Manbij dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam pengganas itu,” menurut Kementerian Luar dalam satu kenyataan.

Ia menekankan Turki akan melaksanakan pelan Manbij yang disahkan Washington dan Ankara pada tahun lalu bagi membersihkan bandar itu daripada kumpulan pengganas serta mengembalikan keamanan dan kestabilan di rantau berkenaan.

Kenyataan itu menyatakan, menerusi pelan berkenaan, Turki akan mengekalkan aktiviti bersama dengan Amerika.

Laporan awal menyatakan empa tentera Amerika mungkin terbunuh dalam serangan itu. Kumpulan pengganas Daesh mengaku bertanggungjawab.

Serangan itu berlaku selepas Presiden Donald Trump pada bulan lalu, secara mengejut mengumumkan akan mengundurkan tenteranya dari Syria.

— BERNAMA