Annuar mahu SPRM, PDRM segera lakukan siasatan

Annuar mahu SPRM, PDRM segera lakukan siasatan

Tan Sri Annuar Musa meminta agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PDRM segera melakukan siasatan terhadapnya berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa.

Menerusi satu perkongsian dilaman Facebooknya, Ketua Penerangan Umno itu menegaskan beliau sudah bersiap sedia untuk memberi keterangan kerana yakin berada di pihak yang benar.

“Saya cadangkan agar PDRM dan SPRM segera menyiasat seperti yang pernah saya syor kepada Ahli Majlis Mara dalam grup WhatsApp minggu lalu.

“Perkhidmatan saya di Mara adalah satu amanah yang saya junjung tinggi. Pendirian saya dalam banyak perkara berkaitan tatakelola dan integriti memang tidak disenangi. Justeru saya sendiri tidak terkecuali,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai soal tajaan pasukan Kelantan yang dibangkitkan, katanya elok ianya disiasat badan bebas dan berwajib.

“Saya akan berikan sepenuh kerjasama insya-Allah,” katanya.

Pada Isnin SPRM dalam satu kenyataan rasmi telah membuka kertas siasatan terhadap dakwaan salah laku dan penyelewengan membabitkan Mara.

Bagaimanapun siasatan SPRM itu hanya tertumpu kepada isu rasuah melibatkan penjaan pasukan bola sepak Kelantan The Red Worrior.

Mara dalam satu kenyataan turut menyebut Jawatankuasa Dalaman Audit akan melakukan siasatan terhadap dakwaan salah laku dan penyelewengan dilakukan Anwar membabitkan UniKL dalam tempoh penggantungan jawatan Annuar sebagai Pengerusi Mara dan Pengerusi Pelaburan Mara Berhad (PMB).

COMMENTS

Wordpress (0)