Malaysia Dateline

Annuar marah pemimpin Umno selalu sebut Kerajaan PN gagal

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa marah dengan tindakan para pemimpin Umno yang terus mempromosikan Kerajaan Perikatan Nasional sebagai #KerajaanGagal.

Ini kerana, hampir kesemua jawatan utama dalam mengendalikan Covid-19 dipegang oleh pemimpin Umno termasuklah menteri yang jaga kesihatan, vaksina dan Majlis Keselamatan Negara.

“Kalau gagal itu siapa? Sebahagian besar yang jaga Covid di peringkat pusat, sebahagian besarnya adalah menteri-menteri Umno.

“Yang jaga urusan vaksination menteri Umno. Yang jaga urusan keselamatan negara menteri Umno, yang jaga portfolio kesihatan menteri Umno.

“Jadi kalau kita dok hayun kerajaan gagal-kerajaan gagal. Siapa yang gagal. Ludah ke langit, jatuh ke muka kita,” kata Annuar menerusi perogram Bicara Harakah, salah sebuah media Pas.

Klik video rakaman perbualan Annuar dengan moderator dari Harakah itu kini tersebar luas.

Menteri-menteri yang dimaksudkan oleh Annuar adalah Khairy Jamaludin adalah menteri yang menjaga koordinasi vaksinasi, Datuk Seri Ismail Sabri Menteri Pertahanan manakala Menteri Kesihatan adalah Datuk Seri Adham Baba.

Antara pemimpin Umno yang selalu membangkitkan isu #KerajaanGagal adalah Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Dr Puad Zarkashi.