Malaysia Dateline

Annuar Musa, Shahidan, dan Tajuddin antara 7 MP Umno ‘menggelupur’ cari kerusi untuk tanding PRU15

Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa antara 7 Ahli Parlimen Umno sedang ‘menggelupur’ mencari kerusi untuk bertanding pada PRU15 .

Dalam sesi temubual yang disiarkan secara langsung di Facebooknya malam tadi Lokman turut menyebut dua lagi Ahli Parlimen Umno iaitu ‘gabenor daripada Perlis’ yang difahamkan Tan Sri Shahidan Kassim.

Dan seorang lagi beliau menyebut ‘panglima yang membunuh JWW Birch daripada Pasir Salak’ yang difahamkan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Menurut Lokman mereka ini begitu bersunggh-sungguh untuk memastikan bahawa pemilihan Umno diadakan dengan segera supaya Presiden Umno dapat diganti dengan orang yang mereka harapkan.

Annuar Musa, Shahidan, dan Tajuddin antara 7 MP Umno 'menggelupur' cari tempat untuk tanding PRU15
Shahidan Kassim dan Tajuddin Abdul Rahman

“Begitu beriya untuk memastikan bahawa pemilihan Umno diadakan segera untuk memastikan watikah kepada mereka dikeluarkan untuk jadi calon BN.

“Sudah pasti hari ini begitu gelabah antaranya Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa yang mengharapkan berlakunya pertukaran presiden kerana beliau sudah pasti tahu bahawa peluang beliau diangkat semula menjadi calon Ketereh agak malap setelah usaha menyikirkan Zahid Hamidi.

“Yang kedua gabenor daripada negeri Perlis Indera Kayangan dan ketiga panglima yang membunuh JWW Birch daripada Pasir Salak” katanya.

Annuar Musa, Shahidan, dan Tajuddin antara 7 MP Umno 'menggelupur' cari tempat untuk tanding PRU15
Annuar Musa

Jelas Lokman antara yang turut merasa bimbang adalah dalam kalangan timbalan menteri di beberaapa kementerian selama hari ini yang cukup menyerang Presiden Umno dan sekarang baru sedar mereka diangkat semula sebagai calon pilihan raya agak malap menyebabakn mereka tidak keruan.

“Cuma menggunakan PM untuk meminta supaya mereka ini disenaraikan namun masa yang akan menentukan,” katanya lagi.

Baca juga: Apa jenis reformer ni yang sokong Sosma! Kata pengkritik bila Mahiaddin digelar reformis yang tidak didendang

Baca juga: Wanita pangku anak atas pelamin, teman suami sanding dengan bini baru