Annuar Musa wajar letak jawatan pengerusi Mara, Ketua Penerangan Umno

Annuar Musa wajar letak jawatan pengerusi Mara, Ketua Penerangan Umno


Tindakan paling wajar dan tepat bagi Datuk Seri Annuar Musa adalah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Mara dan Ketua Penerangan Umno sebelum pihak polis dan SPRM harus diberi ruang melakukan penyiasatan terhadapnya.

Tindakan paling wajar dan tepat bagi Datuk Seri Annuar Musa adalah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Mara dan Ketua Penerangan Umno sebelum pihak polis dan SPRM harus diberi ruang melakukan penyiasatan terhadapnya.

Ini ekoran terdedahnya bukti bahawa badan kerajaan di bawah beliau, Pelaburan MARA Berhad dan UniKL adalah antara penyumbang utama kepada Persatuan Bolasepak Kelantan yang diketuai beliau.

Rekod SSM menunjukkan The Red Warior Sdn Bhd milik Annuar.Demikian pandangan penulis Shahbudin Husin dalam blognya ekoran terdedahkan skandal itu berdasarkan ia adalah tindakan konflik kepentingan.

Baru-baru ini, Ketua Penerangan Umno itu mengaku kedua-dua ada memberikan sumbangan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan yang dipengerusikannya selepas berhari-hari menafikannya.

Blogger Milo Suam juga mendedahkan, syarikat yang menerima sumbangan itu, The Red Warior Sdn Bhd juga adalah milik Annuar apabila beliau dinamakan sebagai salah seorang pengarahnya.

Beliau merupakan penama dalam syarikat itu disamping pemegang sahamnya.

“Apa pilihan untuk Annuar Musa?” kata Shahbudin Hussin dalam tulisan beliau.

Annuar wajar letak jawatan, kata penulis Shahbudin Husin.Menurut beliau, sebaik didedahkan tentang tajaan oleh Pelaburan Mara Bhd dan UniKL kepada pasukan bolasepak Kelantan, dengan bangga Annuar mengatakan tidak perlu perlu melayan “hujah-hujah bodoh” seperti itu.

Tetapi, tidak lama kemudian segera berubah fikiran apabila dengan bangga mengatakan pasukan bolasepak Kelantan tidak pernah menerima tajaan walau satu sen pun daripada Mara.

“Semalam rupa-rupanya Annuar tidak sedar bahawa bersama pendedahan Tengku Mahkota Johor itu turut sama disertakan salinan surat permohonan tajaan, cek dan slip bank sebagai bukti apa yang didedahkannya,” tulisnya lagi.

Hanya setelah tidak mampu menafikan dan berdalih, barulah beliau mengaku akhirnya.

Sebab itu, hari ini, katanya, nada Annuar berubah lagi.

Katanya, pendedahan bukti-bukti itu menunjukkan tajaan kepada pasukan bolasepak Kelantan telah dijalankan dengan telus serta teratur.

“Bagi saya, kita ucapkan terima kasih atas edaran itu kerana ia menunjukkan kedua-dua pihak lakukan dengan begitu teratur. Ada tawaran, ada rundingan dan tawar menawar, ada kontrak, ada baucer, ada resit dan lain-lain lagi.

“Saya percaya bukan dengan UniKL saja, tetapi dengan semua penaja lain. Semuanya dibuat secara tertib dan berperaturan,” ujar Annuar lagi.

Isunya, kata Shabudin, bukan sama ada tajaan itu dilakukan dengan telus, teratur atau sebaliknya, tetapi wajar atau tidak dua anak syarikat Mara menaja sebuah pasukan bolasepak dan wujud konflik kepentingan atau sebaliknya?

“Soal kedua-duanya berstatus anak syarikat juga tidak timbul kerana dana asalnya tetap diperolehi daripada Mara induk yang fokus utamanya adalah memperkasa bidang pendidikan, kemahiran dan keusahawanan,” katanya.

Mara pula, katanya, sudah tentu memperolehi dana tahunannya daripada peruntukan yang diberikan oleh kerajaan dengan menggunakan wang rakyat.

Selain itu, tajaan kepada Kelantan ini juga berkaitan konflik kepentingan di mana Annuar juga adalah Pengerusi Mara, Pengerusi Pelaburan Mara Bhd dan Presiden bolasepak Kelantan sebelum mengundurkan diri baru-baru ini.

Hanya UniKL dipengerusikan oleh seorang pemimpin UMNO Selangor, namun ia masih terletak di bawah Mara.

“Soal konflik kepentingan adalah isu besar yang perlu dijawab dan dijelaskan oleh Annuar dalam perkara ini kerana menjadi Pengerusi Mara ada hubung kait dengan sikap jujur serta amanah kepada anak bangsa sendiri,” katanya.

 

TAGS