Annuar, Tajuddin henti main isu agama dan kaum, perlu sedar peredaran masa, selar Patriot

Annuar, Tajuddin henti main isu agama dan kaum, perlu sedar peredaran masa, selar Patriot

Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) menyelar sikap pemimpin Umno yang membangkitkan isu perkauman dan agama menerusi video yang mejadi tular dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Kandis baru-baru ini.

Presidennya Brid Jen (B) Datuk Mohamed Arshad Raji berkata,mengambil serisu terhadap ucapan yang dibuat dua Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

“Jika ucapan mereka bertujuan mendapatkan sokongan pengundi untuk calon BN, maka keputusan pilihan raya kecil itu sudah tentu mengecewakan mereka kerana pengundi yang kebanyakannya orang Melayu tidak lagi mudah termakan dengan hujah dan pernyataan yang digunakan oleh kedua-dua ahli politik Umno itu semasa berkempen.

“Jelas Umno masih belum belajar daripada kesilapan mereka di mana cita rasa masyarakat Malaysia hari ini tidak lagi berpaksikan perkauman dan ketaksuban tetapi yang berhajatkan kepada perpaduan nasional dan keharmonian,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengenai ceramah Annuar yang juga Setiausaha Agung Umno di Jalan Kebun Sungai Kandis pada Jumaat lalu.

Annuar mendeklamasikan sajak yang dinukilkannya mengandungi dengan mesej mengenai kuasa politik Melayu dan DAP, selain mengandungi nada sinis yang ditujukan kepada parti pemerintah.

Manakala Tajuddin pada ceramahnya malam sama, didakwa turut menggesa pengundi di kawasan berkenaan untuk tidak menyokong kerajaan PH yang dipimpin oleh Kristian.

Justeru Arshad berkata, Malaysia yang diperintah Umno-BN selama hampir 60 tahun ujarnya, sering memainkan isu kaum dan agama.

Ia bertujuan untuk mengekalkan rejim Umno berkuasa , mengekalkan sokongan daripada satu kaum dengan memainkan sentimen mereka tetapi mengasingkan masyarakat lain.

“Adalah jelas bahawa kedua-dua ahli politik Umno yang berkempen untuk calon BN semasa Pilihanraya kecil Sg. Kandis tidak menghayati isu sebenar yang membelenggu para pengundi dan persoalan keperluan asas mereka.

“Patriot berpendapat bahawa orang Melayu tidak lagi mudah tertipu, sebaliknya mereka mampu berfikir dan kepimpinan Umno mesti menerima hakikat ini jika parti itu mahu kekal relevan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Tidakkah Umno belajar daripada pengalaman pahit mereka semasa PRU 14 baru-baru ini? Apakah mereka masih tidak mengetahui apa yang menyebabkan kekalahan mereka?

“Kepada pemimpin parti seperti Annuar Musa dan Tajuddin Abdul Rahman, nasihat kami kepada mereka adalah supaya menghentikan bermain kad perkauman dan agama, seperti apa yang mereka lakukan di Sungai Kandis jika mahu Umno kekal relevan.

“Kedua-dua mereka mesti belajar untuk menyesuaikan diri dengan peredaran masa,” tegasnya.

9.5
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS