Malaysia Dateline

Antara Ismail Sabri dan BJ Habibie

Selepas Perdana Menteri baru angkat sumpah, media begitu asyik melaporkan kehidupan peribadinya.

Habis semua diangkut masuk berita. Isteri, anak, menantu, sampai ke sepupu sepapat dan kawan.

Tak ada masalah nak imbau kehidupan peribadi dia. Tapi cukuplah sekadar untuk orang ramai kenal dan tahu usulnya.

Kalau dia memang bagus, tak cerita pun, orang tahu dia bagus. Jangan terlebih masuk garam atau asam, masakan akan punah.

Allahyarham Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie menjadi Presiden Indonesia ketiga selama setahun setengah saja.

Namun, beliau dikenang sebagai pemulih demokrasi di Indonesia walaupun hanya memerintah 17 bulan bermula 21 Mei 1998 hingga 20 Oktober 1999.

Selepas kewafatannya, bukan saja kehidupan politiknya, tapi kehidupan peribadinya bersama Ainon isterinya difilemkan.

Boleh tonton filemnya di Youtube. Menarik sekali. Wataknya dilakonkan oleh Reza Rahadian. Filemnya menginspirasikan.

Sementara seseorang masih hidup, berpada-padalah memujinya. Hanya Tuhan yang Maha Tahu penghujung kehidupan semua hamba-Nya.