Puak “wahabi” pun satu hal juga. Melampau. Sementara mereka mengkritik isi penyampaian golongan yang tidak sealiran dengan mereka, penampilan dan bentuk pakaian golongan itu pun turut dikritik.
Bab pakai tasbih di tengkuk pun mahu dikritik bahkan dihentam, konon macam tok sami. Pakai tasbih di tengkuk tiada masalah pun. Tiada kaitan dengan tok sami. Tok sami pakai, itu hal dia. Kita pakai, tidak semestinya kita tiru dia.
Bagaimana jika dikatakan puak “wahabi” pakai blazer semasa kuliah sama dengan Yahudi? Tentu tidak betul kata begitu.
Yahudi pakai blazer, itu hal dia. Kita pakai, kerana hal kita. Tiada kaitan pun antara blazer kita dengan dia. Jangan melampau sangat jika benci pun.
Bukanlah saya sokong sangat pakai tasbih di tengkuk, cuma berpada-padalah dalam menghentam dan membenci. Tiada cacatnya pakai tasbih di tengkuk, sama seperti tiada lebihnya pakai blazer.
Lagi pun tasbih itu bukan dipakai sepanjang masa, cuma disangkut di tengkuk selepas menggunakannya.
Usahlah kerana anti penggunaan biji tasbih ketika berzikir mendorong puak “wahabi” membenci tasbih ibarat membenci perkara mungkar yang disepakati. Pakai tasbih di tengkuk tidak mungkar pun. Guna biji semasa berzikir pun tidak mungkar.
Dalam banyak hal, terutama memerangi bid’ah yang jelas dan disepakati, saya sokong puak “wahabi”. Namun, jika melampau sangat, sampai semua benda nak dihukum bid’ah sesuka hati, semua benda nak suruh ikut kepala mereka saja, saya rasa ini sudah melampau.